Ahlan Wa Sahlan

Saturday, October 22, 2011

Mengubati Hati Yang Terluka


Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.
Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta.
Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.
Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.
7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.
Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.
Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
Catatan:
Mengapa seringkali hati ini diuji dengan ujian perasaan? Adakah aku meletakkan cinta manusiawi melebihi cintaku padaMU YA ROBB?? Adakah aku meletakkan mengejar keperluan duniawi melebihi keperluan ukhrawiku? Ternyata banyak sekali kelompangan diri dalam membina dan menjaga hubungan dengan penciptaKU.
Allahu ya robb, terimalah taubatku!! Raihlah aku kembali dalam dakapan cintaMU yang pasti tiada sesalan. Tunjukilah aku jalan menuju redhaMU. 

Mencari 5 dalam 5

 SYAQIQ AL-BALHI
(The student and disciple of Ibrāhīm ibn Adham, d. 810)
berkata :
"Aku mencari LIMA perkara dan aku mendapatkannya dalam LIMA perkara juga.

1.    Aku mencari BERKAT DALAM REZEKI, aku dapatkannya dalam SOLAT DHUHA


2.    Aku mencari LAMPU UNTUK MENERANGI KUBUR, aku dapatkannya di dalam SOLAT MALAM


3.    Aku mencari PERSEDIAAN UNTUK MENJAWAB SOALAN MUNGKAR DAN NAKIR, aku dapatkannya di dalam MEMBACA AL-QURAN


4.    Aku mencari TONGKAT SEBAGAI ALAT MENYEBERANGI SIRAT AL-MUSTAQIM, aku dapatkannya di dalam PUASA DAN SEDEKAH


5.    Aku mencari PERLINDUNGAN DI BAWAH ARASY, aku dapatkannya di dalam BERIBADAH DI TEMPAT SUNYI

Saturday, October 8, 2011

Untukmu~


Tanggal 5 Oktober 1982, lahirlah puteri sulung bagi pasangan ini. Temanku ini pada mulanya hanyalah seorang yang biasa-biasa sahaja, namun usahanya itulah yang menjadikannya insan yang luar biasa hebat kini. Temanku ini amat disayangi,  disenangi dan ingin dirapati oleh orang di sekelilingnya malahan bagi sesiapa sahaja yang baru mengenalinya.

Aku telah mula mengenalinya sejak tahun 2009. Maha Suci Allah juga yang mempertemukan kami dan mempertautkan hati kami. Kadang-kadang persahabatan kami juga diuji. Proses taaruf ini semestinya mengambil masa yang amat panjang. Ya, amat, amat, amat panjang. Ya Rahman, berikanlah kami kekuatan dalam menempuhi liku-liku menjadi teman dunia hingga akhirat. Sejujurnya, bukan mudah untuk sentiasa mengalah, memahami, menangis, keseorangan demi kepentingan orang-orang di sekelilingnya. Aku bukan minta pengorbananku ini dipandang, tidak. Aku juga bukanlah berkemampuan dalam menzahirkan kasihku ini melalui pemberian yang berbentuk material. Namun ketahuilah duhai teman, ku zahirkan kasihku ini dalam setiap tadahan doaku, dalam dhuhaku, dalam tahajudku.

Along, pada usia yang menginjak 29 tahun ini, adik berdoa agar:

1.      Along tetap istiqamah dan tsabat dalam medan dakwah ini, dalam menyentuh hati-hati anak-anak muda di luar sana. Kerana Along adalah Amirah al-Bayan @ She’s Khalifah of Allah.
2.      Moga Along dapat menyiapkan master dengan sebaiknya, dapat membahagiakan mak, auntie dan keluarga Along.
3.      Beroleh pekerjaan yang baik di samping Along dapat teruskan kerja-kerja dakwah Along.
4.      Mendapat bakal suami yang soleh, yang dapat membahagiakan dan membimbing Along dan baitul muslim yang dibina, berpimpinan dan mendukung bersama dalam medan dakwah dan terbiyah, mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

Along, maafkan adik atas segala kelemahan dan kekurangan diri adik. Adik sayangkan Along, amat sayangkan Along.

Ya Allah, moga tagihan cintaku pada manusia tidak melebihi cintaku padaMU ya Robb,

Ya Allahu Ya Khaliq, jadikan rinduku ini kerana ukhuwwah fillah,

Ya Allahu Ya Halim, jadikan aku adik yang sentiasa menyantuni dirinya setiap ketika,

Ya Allahu Ya Hafizh, letakkan persahabatan ini di bawah penjagaan dan pemeliharaanMu dunia hingga akhirat,

Ya Allahu Ya Mujiib, kabulkan setiap tadahan doa kami,

Ya Allahu Ya Razaq, hadirkan pertemuan antara kami. Andai rezeki kami di langit maka turunkanlah, andai rezeki kami di bumi maka keluarkanlah,

Ya Allahu Ya Muqiit, cukupkanlah kami dengan segala nikmat yang Engkau berikan hingga kami,

Ya Allahu Ya Lathiff, lembutkan hati orang-orang di sekeliling kami dalam menerima dan memahami ukhuwwah, cinta dan kasih kami ini,

Ya Allahu Ya Ghafuur, ampuni segala dosa dan kekhilafan kami andai pernah mendahulukan cinta kami dari cintaMu, rindu kami daripada rinduMu, tangisan kami dari tangisan kepadaMu.

Allahu ya Robb, banyak sungguh permintaan hambaMu ini. Tidak berasa malu dalam meminta sedangkan diri terus berbuat dosa  dan silap. Ya Allah, pengharapan dan pergantunganku hanya selayaknya ku berikan padaMu, pemilik, penguasa dan pentadbir seluruh semesta. Allahu!!!


Maafkan adik. Adik sayang Along.