Tanggal 5
Oktober 1982, lahirlah puteri sulung bagi pasangan ini. Temanku ini pada
mulanya hanyalah seorang yang biasa-biasa sahaja, namun usahanya itulah yang
menjadikannya insan yang luar biasa hebat kini. Temanku ini amat disayangi, disenangi dan ingin dirapati oleh orang di
sekelilingnya malahan bagi sesiapa sahaja yang baru mengenalinya.
Aku telah mula
mengenalinya sejak tahun 2009. Maha Suci Allah juga yang mempertemukan kami dan
mempertautkan hati kami. Kadang-kadang persahabatan kami juga diuji. Proses
taaruf ini semestinya mengambil masa yang amat panjang. Ya, amat, amat, amat
panjang. Ya Rahman, berikanlah kami kekuatan dalam menempuhi liku-liku menjadi
teman dunia hingga akhirat. Sejujurnya, bukan mudah untuk sentiasa mengalah,
memahami, menangis, keseorangan demi kepentingan orang-orang di sekelilingnya.
Aku bukan minta pengorbananku ini dipandang, tidak. Aku juga bukanlah
berkemampuan dalam menzahirkan kasihku ini melalui pemberian yang berbentuk
material. Namun ketahuilah duhai teman, ku zahirkan kasihku ini dalam setiap
tadahan doaku, dalam dhuhaku, dalam tahajudku.
Along, pada
usia yang menginjak 29 tahun ini, adik berdoa agar:
1. Along tetap istiqamah dan tsabat dalam medan dakwah ini, dalam menyentuh
hati-hati anak-anak muda di luar sana. Kerana Along adalah Amirah al-Bayan @ She’s Khalifah of Allah.
2. Moga Along dapat menyiapkan master dengan
sebaiknya, dapat membahagiakan mak, auntie dan keluarga Along.
3. Beroleh pekerjaan yang baik di samping Along dapat teruskan kerja-kerja
dakwah Along.
4. Mendapat bakal suami yang soleh, yang dapat membahagiakan dan membimbing
Along dan baitul muslim yang dibina, berpimpinan dan mendukung bersama dalam
medan dakwah dan terbiyah, mendapat zuriat yang soleh dan solehah.
Along, maafkan
adik atas segala kelemahan dan kekurangan diri adik. Adik sayangkan Along, amat
sayangkan Along.
Ya
Allah, moga tagihan cintaku pada manusia tidak melebihi cintaku padaMU ya Robb,
Ya
Allahu Ya Khaliq, jadikan rinduku ini kerana ukhuwwah fillah,
Ya
Allahu Ya Halim, jadikan aku adik yang sentiasa menyantuni dirinya setiap ketika,
Ya Allahu
Ya Hafizh, letakkan persahabatan ini di bawah penjagaan dan pemeliharaanMu
dunia hingga akhirat,
Ya
Allahu Ya Mujiib, kabulkan setiap tadahan doa kami,
Ya Allahu Ya Razaq, hadirkan pertemuan
antara kami. Andai rezeki kami di langit maka turunkanlah, andai rezeki kami di
bumi maka keluarkanlah,
Ya Allahu Ya Muqiit, cukupkanlah kami
dengan segala nikmat yang Engkau berikan hingga kami,
Ya Allahu Ya Lathiff, lembutkan hati
orang-orang di sekeliling kami dalam menerima dan memahami ukhuwwah, cinta dan
kasih kami ini,
Ya Allahu Ya Ghafuur,
ampuni segala dosa dan kekhilafan kami andai pernah mendahulukan cinta kami
dari cintaMu, rindu kami daripada rinduMu, tangisan kami dari tangisan
kepadaMu.
Allahu ya
Robb, banyak sungguh permintaan hambaMu ini. Tidak berasa malu dalam meminta sedangkan
diri terus berbuat dosa dan silap. Ya
Allah, pengharapan dan pergantunganku hanya selayaknya ku berikan padaMu,
pemilik, penguasa dan pentadbir seluruh semesta. Allahu!!!
Maafkan adik. Adik sayang
Along.
No comments:
Post a Comment