Ahlan Wa Sahlan

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru bagi AKU

1 Muharram 1433H, tahun baru dalam kalendar Islam.

Terima kasih ya Allah atas nikmat dan ujian yang Engkau berikan sepanjang tahun yang lalu. Sebanyak manapun ujian TuhanMu, itu tanda DIA kasih padamu.

Untuk tahun baru, apa pula azam dan harapan untuk 12 bulan yang akan datang?

1.      Perbaiki tajwid Al-Quran, push lagi untuk hafazan
2.      Istiqamah dengan qiamulail, dhuha, solat-solat sunat dan puasa sunat
3.      Bahagikan masa dengan sebaiknya untuk akademik, kepimpinan dan program
4.      Menabung
5.      Bersedekah, bagi hadiah ikut kemampuan
6.      Tingkatkan pointer,lebih fokus dalam kelas
7.      Perbaiki hubungan dengan Allah, Rasulullah, keluarga dan sahabat
8.      Lebih berlapang dada. Allahu!! (work hard for it azreen)
9.      Kuat semangat dan positif. Allahu!! (work hard for it azreen)
10. Nak pergi kuliah Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki, lawat Yayasan Sofa, dapatkan buku-buku karya Syeikh Fuad Kamaluddin al-Maliki (insyaAllah..)
11. Hubungan dengan family lebih baik, mesra, penuh dengan limpahan kasih dan barakah dariNya. (inn jangan berhenti berdoa..)
12. Menjaga masa
13. Terus bersemangat untuk terus berjuang! (Allahukabar!!)
14. Teruskan berprogram untuk bantu diri dan adik-adik di luar sana (semuanya kerana Allah SWT dan kecintaan untuk mendapat syafaat baginda Rasulullah SAW di yaumul akhirat kelak)

Ini antara yang aku sempat fikirkan apa azam dan harapan aku di tahun baru 1433H.

Bersamaan tahun baru hijrah ini juga, alhamdulillah genap setahun ulang tahun persahabatan kami. Memang masih baru. Tapi aku amat menyayanginya. Siapa? My Along. Siapa-siapa yang memang ikuti entri aku dari awl, pasti tertanya-tanya siapa Along aku, sedangkan aku adalah anak sulung daripada dua adik-beradik sahaja. Alongku, anugerah terindah yang dikurniakan padaku setelah keluargaku. Terima kasih ya Allah atas nikmat kasih sayang ini. Saatnya akan tiba untuk aku letakkan nama dan gambarnya yang sebenar. Selamat ulang tahun yang pertama Along. Walaupun baru setahun, terasa juga dugaan dalam persahabatan apatah lagi kami berjauhan. Telah ku coretkan rasa hati pada entri Untukmu (sewaktu ulang tahun kelahiran Along) dan puisi Teman. Inn sayang Along.

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang lebih berlapang dada dengan setiap apa yang telah Engkau takdirkan buatku. Segala yang ku lakukan dengan niat keranaMu adalah sebagai tanda aku sentiasa berusaha melengkapi kelompangan lafaz syahadahku.

Ya Allah, berikan aku kefahaman dan hafalan para nabi dan rasulMu. Alirkan dalam setiap salur darah ini semangat jihad para rasul, para sahabat dan para syuhadaMu. Moga sifat terpuji Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah mampu untuk aku peroleh; ketabahan dan kesabaran ibunda Hajar mampu untuk aku miliki; kecantikan, kecerdikan dan kefaqihan Saidatina Aisyah mampu untuk aku warisi.

Ya Rahman, jadikan aku wanita yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberiaan dan musibahMu.

Ya Rahim, alirkan air mata ini keranaMu dan kekasihMu, Rasulullah SAW dan kerana setiap kasih dan ukhuwwah yang dibina kerana mengingatiMu.

Amin ya rabbal alamin.

Sesungguhnya hidupku, matiku dan amal ibdatku semata-mata kerana Allah Taala.

Selagi nadi masih berdenyut, selagi darah masih mengalir, akan ku teruskan perjuangan ini demi melihat Islam terus dalam kemuliaan.  (Quote from Along)

My favorite song of hijrah, BICARA HIJRAH FROM RABBANI

No comments:

Post a Comment