Subhanallah.. Alhamdulillah..
Allahukabar!!
Syukur padaMu Ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau berikan
kepadaku, namun seberapa kerap aku melafazkan syukur tatkala musibah datang
melanda? Bukankah itu juga tanda kasih sayangMu?? Ampuni aku ya Allah.
.Ramadhan bulan untuk memperoleh DIPLOMA SABAR,
IJAZAH TAQWA DAN PHD
IMAN.
Alhamdulillah, kita telah berada pada Syawal yang ke-12. Syawal merupakan
hari konvokesyen buat kita setelah sebulan berada dalam Akademi Ramadhan. Namun
diri masih merindui Ramadhan. Moga masih dipanjangkan usia untuk berjumpa
Ramadhan, bulan rahmat yang penuh keberkatan yang akan datang. InsyaAllah..
Syawal merupakan anugerah dan rahmat buat umat Muhammad.
Anas menceritakan: Selepas Rasulullah tiba di Madinah, beliau mendapati
penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikannya pada zaman Jahiliah.
Lalu beliau berkata:
“Aku sampai kepada kamu semua dan aku
dapati dua hari yang kamu semua raikannya pada zaman Jahiliah. Allah
menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: Hari
Raya Korban dan Aidilfitri.”
(Direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud dan
Nasaie)
Ali Hasan al-Halabi di dalam bukunya Ahkam
al-Idyain menukilkan komentar Syeikh Ahmad Abdul Rahman al-Banna: “Ini kerana
Aidilfitri dan Hari Raya Korban ini adalah syariat Allah, dipilih buat makhluk
ciptaanNya.
Alhamdulillah, aku diberi peluang pada tahun ini untuk berpuasa penuh dalam
bulan Ramadhan. Walaupun diuji kesakitan pada akhir Ramadhan, namun Along
sentiasa mengingatkan bahawa itu tanda rahmat kasihNya. Syukran Along.
Alhamdulillah, berjaya mencapai target dalam tilawah Al-Quran dan berusaha mengekalkannya
dan meningkatkan target untuk Ramadhan yang akan datang.
Abu Umamah melaporkan,
beliau mendengar Rasulullah berkata:
“Baca Al-Quran, kerana ia datang pada Hari
Kiamat sebagai syafaat kepada tuannya.” (Direkodkan oleh Muslim)
Alhamdulillah, dapat menyambut lebaran bersama keluarga tercinta dan juga
keluarga Along buat kali pertama. Tidak terungkap dengan kata-kata nikmat
pertemuan dan kasih itu. Terima kasih ya Allah atas nikmat kasihMu kepada kami.
Aku menyayangi mereka keranaMu. Juga pada lebaran kali ini aku dapat
menyambutnya bersama sahabat yang sekian lama tidak bersua. Indahnya ukhuwwah
itu apabila dapat dikongsi, bukan?
Kembali ke bumi Miri dengan harapan dan semangat baru, meneruskan
perjuangan yang masih belum selesai di sini. Terima kasih Along atas “bekalan”
yang diberikan. Mewarnai kanvas kehidupan sebagai guru pelatih yang masih
berbaki selama 2 tahun lagi, insyaAllah..
Moga aku dapat melengkapkan puasa 6 Syawal pada tahun ini bersama
sahabat-sahabat di sini. Assignments yang
menuntut haknya untuk disiapkan, juga pelbagai aktiviti yang moga melengkapkan
lagi diri sebagai bakal guru dan khalifah yang yang whole-rounded. Moga doa mak dan bapa di rumah sentiasa mengiringi
untuk anaknya di sini, juga doa dari Along sebagai teman hati, juga doa
daripada sahabat-sahabat sekalian.
Rasulullah
SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya)
seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF
ZAHIR DAN BATIN atas segala kesilapan, keterlanjuran kata dan perbuatan selama
ini. Kerana aku adalah manusia yang masih perlukan bimbingan dan teguran
daripada kalian.
Moga didikan dan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini
berterusan hingga bulan-bulan seterusnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H |
Keluargaku :) |
Sahabat lama (Nurfatrina, Tantiana n Aku) :) |
No comments:
Post a Comment