Ahlan Wa Sahlan

Sunday, December 25, 2011

Thank you!!

Bergembiralah atas kesedihan dan pengorbanan orang yang engkau tidak sukai.

Thank you for this pain and ignorance that never ends just because to satisfy yourself.

Allahu ya Rahman, Engkau tahu apa yang terbaik buat diriku. Allah knows best.


Kerinduan


Sungguh aku merindui dirinya..
Sahabat,
Yang mampu ku bersandar ketika esakan tangis mencengkam diri
Pimpinan tangan utuh darinya ketika diri tak upaya berdiri
Ketika lidah terus kelu mengukir kata
Lembut alun zikir Fatimahnya menenangkan diri
Lembut belaian mengusap tubuh kecil ini
Terasa tenang dalam dakapan eratnya
Setiap butiran kata mengemabalikan semangat dan senyuman
Sampai bila ku harus menunggu dan beralah?
Berikan aku jawapan yang pasti
Agar bisa ku teruskan umur yang berbaki
Dengan harapan pasti dari Ilahi.

Merindui berada dalam dakapan erat seorang SAHABAT DAN TEMAN. Allahu!!

Kursus Intensif Islam (INTI) I

Pada 17-18 Disember 2011, satu Kursus Intensif Islam (INTI) I telah diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah SWT atas kelangsungan dan kelancaran pada program kali ini. Pada malam 16 Disember, satu TOT telah diadakan di Pejabat Hikmah Cawangan untuk menjelaskan modul dan aktiviti yang akan dijalankan. Aku bertindak selaku Ketua Urusetia program pada kali ini.

Ternyata ada pembaharuan untuk Kursus INTI pada kali ini kerana telah ada modulnya yang tersendiri. Tidak tertumpu kepada ceramah semata-mata. Penyampaian yang lebih santai namun jelas kepada objektifnya dan penerapan amalan berdoa. Di manapun kita berada, pasti ada golongan yang turut berjuang bersama kita, oleh itu usah risau J

Terima kasih tidak terhingga buat Cikgu Sukri (Pegawai Belia HIKMAH Pusat) dan Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Dakwah HIKMAH Pusat) selaku penceramah. Ustaz Sodikin, Ukhti Adha dan Taufiq Hidayat dari HIKMAH Cawangan Sri Aman. Tenaga fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada Mohamad Zulfaqar (pelajar Politeknik Mukah), Ukhti Siti Hajar dan Ukhti Fadzila (dari Betong), Ukhti Nurul Sebtuyah (guru di SMK Melugu), Ukhti Syuhada (berkhidmat di Jabatan Pergigian Poliklinik Sri Aman), Ukhti Haryati (berkhidmat di Makmal Stor dan Ubat, Hospital Sri Aman), Ustaz Azizi (guru di SMK Sri Aman), Abg Ismadi (yang jaga makan dan minum kami J) Mohd Hamizan (pelajar di IPIS), Mohd Safiq (berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan Ukhti Aisyah (pelajar lepasan SPM)

Salam ukhuwwah buat yang pertama kali bersua dan bekerjasama. Syukran jazilan buat semuanya atas kerjasama, lontaran idea dalam menjayakan program pada kali ini. Moga kita akan terus bekerjasama pada program yang seterusnya. InsyaAllah.. Moga Allah SWT sampaikan umur, hasrat dan memperluaskan rezeki kita untuk terus berprogram dan berjuang di jalanNya. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis J InsyaAllah, apabila kita bergerak dalam jamaah, kita akan saling menampung kelemahan yang ada dan mempertingkatkan kekuatan yang sedia ada. Mohon dimaafi atas kelemahan dan kekurangan untuk program pada kali ini. Aku juga insan biasa yang adakalanya emosi lebih menguasai diri daripada kewarasan akal.

Adik-adik di luar sana perlukan pendekatan kita. Namun pada masa yang sama, kita haruslah sentiasa memperbaiki diri agar apa yang kita ajakkan tidak seperti ibarat angin yang menyapa diri. Jika kita terus leka, inilah yang mengakibatkan krisis identiti dan kegelisahan pada diri. Nuzubillahiminzalik. Perubahan itu perlukan masa yang amat panjang namun harus dimulai dengan langkah pertama. Biar sedikit namun istiqamah, itulah yang Allah SWT suka J Seru diri dan ajak orang lain..

Wallahualam..

Taklimat keselamatan dan disiplin daripada Pegawai Bomba yang bertugas, Encik Tony
Khusyuk mendengar taklimat :)
Sesi bermula bersama Cikgu Sukri 
Kak Nurul together with her group in LDK of Pokokku
Before starting off with the Explorace :)
Alhamdulillah, it's great to co-operate with Cikgu Sukri  @ CS.
Looking forward for the next program :)
Kena "dera" di check point Akhie Zul :)
Nyanyi lagu Lalang. Whose check point is this? :p
Ukhti Syuhada and Ukhti Haryati :)
Salam ukhuwwah
Kena denda nyanyi lagu Katak Kembung Katak Kempis :p
Sekitar Majlis Penangguhan Kursus Intensif Islam (INTI) I
Kumpulan muslimin terbaik dan peserta muslimin terbaik.
Cayalah Akhie Zul :)
Akhie Safiq and his group :)
Akhie Ismadi with his little brothers :)
Haryati and mE with our little sisters  :)
Ukhti Siti Hajar and mE with her group
Ukhti Nurul Sebtuyah, mE and Ukhti Fadzila with their group
Jazakumullahu khairan kathira. Moga kita sentiasa dalam rahmatNya
mE, Ukhti Fadzila, Ukhti Haryati, Ukhti Aisyah, Ukhti Nurul Sebtuyah, Ukhti Siti Hajar
Ukhti Siti and Ukhti Adha :)

Friday, December 23, 2011

Pilihlah



Pilihlah,
Untuk bertahan disakiti atau kau yang menyakiti..

Pilihlah,
Untuk beralah atau terus berjuang..

Pilihlah,
Untuk menangis atau tersenyum kembali..

Pilihlah,
Untuk kau bersendiri atau bersama-sama..

Pilihlah,
Untuk jatuh atau bangkit kembali..

Pilihlah..
Untuk membenci atau menyayangi..

Pesan pada diri, Nurr Azreen binti Abdul Karim
Bertahanlah sehingga ke penghujungnya..
Teruskanlah berjuang meskipun ada luka yang membekas..
Tersenyumlah kerana yang lain inginkannya..
Bergeraklah bersama, agar tika kau jatuh, ada yang memimpin, ada yang mendoakan setiap langkahmu..
Bangkitlah kembali kerana ada cahaya di hujung jalan..
Menyayangilah, kerana Allah amat kasih kepada mereka yang berkasih sayang keranaNya..
Janganlah berdendam kerana itu bukan sifat mukminah sejati..
Saat kau kematian rasa..
Saat kau rasa tiada insan yang mendengar..
Kembalilah pada TuhanMu, ingatilah pesanan kekasih agung..
Mungkin lama kau tidak merintih padaNya..
Mungkin lama kau tidak menyahut panggilan qaulan tsaqilanya..
Astaghfirullahalazim..
Merintihlah duhai jiwa-jiwa yang penuh kedosaan..



Rabbani - Nurul Iman



Sungguh, aku amat kasih padanya..
Tidak mampu aku menolak fitrah insani..
Namun cinta pada penciptaMu tetap yang utama..
Moga ku temui jawapan kasih ini~

Kembali~




Saat hati kematian rasa..
Terus mencari di mana silapnya..

Thursday, December 22, 2011

Kembara Hijrah 1433H

Subhanallah !!
Alhamdulillah !!
Allahuakbar !!

Puji-pujian selayaknya pada pencipta seluruh alam semesta. Selawat dan salam buat kekasih kepada kekasih, Nabi Muhammad SAW, syafaat baginda yang sentiasa didambakan.

InsyaAllah pada entri kali ini aku akan berkongsi program-program yang telah dilalui. Pertamanya adalah Kembara Hijrah 1433H yang bertempat di Mukah(bahagian ke-10 negeri Sarawak) yang bermula 2-10 Disember 2011. Satu lagi pengalaman baru yang amat berharga dan tidak dapat aku lupakan. Pada 2 Disember 2011, aku menunggu rombongan dari Kuching mengambil aku di persimpangan jalan Sri Aman-Kuching. Alhamdulillah dalam pukul 12.10 tengah hari kelihatan bas sekolah berwarna oren (Hehehe, jadi geng bas sekolah lah kiranya). Pada mulanya agak risau kerana bapa aku pastinya ingin mengejar solat Jumaat. Walaupun fasilitator-fasilitator belia pada kali ini agak sedikit berbanding pada tahun yang lalu, namun itu bukanlah jadi isu yang besar. Kita harus sentiasa bersedia menerima perubahan dengan pelaksanaan oleh orang yang berbeza. Perjalanan kami diiringi hujan lebat dan terserempak dengan kemalangan jalan raya. Tidak lama selepas itu, bas kami pula mengalami tayar pancit. Agak lama tersadai di tepi jalan raya. Begitulah, kita merancang namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Akhirnya kami tiba di Politeknik Mukah hampir 11 malam. Setelah mengisi perut yang berkeroncong, kami check in ke hostel. Bilik aku yang memuatkan 4 orang, antara penghuninya adalah Aisyah, Syafiqah @ Bunga dan Kak Mar (yang terlebih dahulu datang pada sebelah petang dari Miri bersama Wan). Setelah solat jamak takhir, barulah dapatlah merebahkan diri, namun entah pukul berapa akhirnya mata ini mahu berehat.

Gambar pertama setelah turun dari bas :)
Pada keesokkan harinya, ada sesi taklimat bersama semua fasilitator-fasilitator setempat, berpengalaman dan belia untuk aktiviti Kembara Setempat. Wah, aku ditempatkan di Belawai bersama Cikgu Ida (selaku ketua rombongan) dan Taufiq !! Rombongan kami bertolak pada tengah hari itu juga kerana dikhabarkan perjalanan ke sana mengambil masa selama 5 jam!! Setelah mengambil semua peralatan untuk aktiviti Kembara Setempat dan solat jamak taqdim, kami bertolak menggunakan van lebih kurang pada pukul 1.20 tengah hari. Perjalanan kami diiringi hujan lebat. Aku amat excited dengan perjalanan tersebut walaupun pada mulanya agak kecewa kerana tidak dapat mengikuti rombongan lain ke Dalat untuk Pesta Balau. Excited kerana sekurang-kurangnya untuk sampai ke Belawai, aku berpeluang melalui semua daerah-daerah di Mukah.

Posing dulu sebelum pergi sarapan
Aisyah n mE. Salam ukhuwwah :)
Colourful cupcakes for breakfast. Eat them or keep it :p
Posing dulu sebelum bermulanya TOT
Kak Amirah, Masyitah, mE, Bunga, Nani and Kak Mar
Dengan kadar kelajuan 70 km/sejam, kami sampai ke jeti feri yang pertama pada pukul 2.10 petang. Hujan masih lagi lebat. Ada 2 feri lagi yang harus dinaiki sebelum sampai ke Belawai iaitu feri Nanga Kecil dan feri Kampung Semop. Subhanallah, melihat pemandangan Laut China Selatan sewaktu menaiki feri. Sepanjang perjalanan juga melihat bangunan yang dibina khas untuk ternakan burung walit dan juga jualan buah rambutan memandangkan ini memang musimnya. Sepanjang perjalanan aku tidak tidur, hanya memerhatikan pemandangan di kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Agak kagum dengan pembangunan di sekitar Tanjung Manis. Semestinya nanti penduduk sekitarnya akan beroleh manfaat peluang pekerjaan dan pembangunan pesat yang bakal dikecapi.



Hujan rahmat yang lebat mengiringi sepanjang perjalanan ke Belawai
Menaiki feri yang pertama
Meredahi Laut China Selatan
Cikgu Ida (ketua rombongan) dan Abg Safwan (jurugegas dan tour guide  kami) :)
Singgah sebentar :)
Menaiki feri yang kedua. Hujan renyai-renyai..
Menunggu feri yang ketiga..
Melalui Jalan Tanjung Manis
Akhirnya kami tiba di Belawai pada pukul 6.22 petang. Tempat penginapan belum diketahui, perut telah mula berkeroncong kerana aku tidak menjamah makanan sejak tengah hari tadi. Setelah solat maghrib dan isyak, kami berbincang dengan AJK yang terlibat untuk aktiviti Kembara Setempat. Walaupun kelam kabut sedikit pada mulanya kerana ada maklumat yang tidak sampai kepada mereka, namun dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Kami menikmati makan malam lebih kurang pukul 8.30 malam di rumah Abang Drahman (bertugas sebagai penyelia di LKIM, dan juga Setiausaha Masjid Darul Arqam. Syukran buat isterinya yang menyediakan makanan yang sedap. Pasangan ini mempunyai 3 hero yang comel-comel belaka J). Apa yang menariknya adalah, AJK masjid ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan pekerjaan. Ini kerana berdasarkan pengamatan di kebanyakan tempat, AJK masjidnya hanya terdiri daripada golongan veteran. Di mana silapnya; adakah kepada golongan veteran yang tidak mahu memberikan peluang kepada golongan muda ataupun golongan muda yang beranggapan jawatan-jawatan di masjid hanya untuk golongan veteran?? Persoalan yang harus dirungkaikan dengan lebih berhemah lagi. Tidak lupa juga Abg Azri selaku Ketua Kelab Belia Belawai yang membantu dari segi hebahan maklumat dan mencari peserta bagi Kembara Setempat ini.

Ahlan wa sahlan. Alhamdulillah, selamat tiba ke destinasi :)
Alhamdulillah, "pengisian dalaman" bermula :p
Taufiq, Abg Nordin dan Abg Azri
Pada malam itu, aku, Cikgu Ida, Abg Nordin dan Taufiq ditempatkan di bilik rumah rehat yang berdekatan dengan pantai. Fuh, suasana yang amat sejuk kerana angin pantai pada malam hari. Walaupun aircond tidak dihidupkan dan kipas angin hanya pada disetkan pada kelajuan yang paling minimum!! Walaupun secara fizikalnya penat, aku tidak dapat melelapkan mata. Entah kenapa..

Pada 3 Disember 2011, pada sebelah paginya sempat jugalah berjalan di pantainya. Subhanallah, aku sememangnya amat sukakan pantai. Melihat alam ciptaan Allah, mampu memberikan ketenangan. Kemudiannya kami menikmati sarapan pagi di salah sebuah kedai minum di kampung tersebut. Kami bertiga kembali ke rumah rehat sementara Cikgu Ida dan Abg Safwan pergi ke Sibu untuk membeli keperluan yang belum lengkap. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kawan kepada Abg Safwan menghantar kami ke Masjid Darul Arqam. Sementara Abg Nordin dan Taufiq membersihkan tandas, aku menyiapkan fail-fail untuk para peserta yang dijangka mendaftar setelah solat Zuhur.

Pemandangan pagi hari di pantai Belawai. Subhanallah!!
Sarapan pagi
Pendaftaran bermula selepas Zuhur
Hero-hero dari Belawai ada 9 orang kesemuanya

Kami bermula pada pukul 1.40 tengah hari dan aku mengambil alih aktiviti pada petang itu dengan memberikan taklimat tentang aktiviti dan disiplin kepada para peserta yang terdiri daripada daripada 21 orang peserta perempuan dan 9 orang peserta lelaki. Adik-adik ini kebanyakannya dari Kampung Belawai itu sendiri dan dari Rajang. Sesi ice breaking bermula sehingga Asar dan group forming bermula selepas Asar. Lagu tema untuk Kembara Hijrah pada kali ini adalah Bicara Hijrah (Rabbani), Kasih Sayang (In-Team feat Allahyarham Ustaz Asri) dan Qasidah Nabi Muhammad SAW. Pada sebelah malamnya pula adalah pembentangan tentang identiti kumpulan mereka.

Sesi taklimat disiplin dan aktiviti
Antara aktiviti ice breaking
Salam ukhuwwah :)
Saya sayang sahabat saya :)
Nyanyi dik jangan tak nyanyi
Pembentukan identiti kumpulan
Bagi adik-adik perempuan dari Rajang bersama aku dan Cikgu Ida, kami telah menumpang di rumah Mak Cik Azeniah. Syukran jazilan mak cik. Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu.

Hari berikutnya, 4 Disember 2011 dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, sesi tazkirah dan riadhah.  Aktiviti pada hari kedua antaranya adalah Bangunan Straw, Explorasi Hijrah, Masquerade, Perbincangan Isu Belia Setempat, dan Pilih Aku atau Kamu. Satu sesi khas iaitu Slot Ibu Bapa sempat aku kendalikan untuk adik-adik pada petang itu atas request daripada Cikgu Ida. Syukran jazilan buat Cikgu Bolhan (Kem Komandan Kembara Hijrah 1433H) bersama-sama Abg Adha dan Cikgu Yakup atas keluangan masa melawat team di Belawai. Cikgu Bolhan juga sempat memberikan nasihat dan ucapan kepada anak-anak di sini, begitu dekat dan jelas pesanannya ibarat seorang ayah kepada anak-anaknya sendiri.

Tazkirah pagi sebagai santapan rohani
Riadhah 
Apa yang penting??? KERJASAMA!
Bangunan Straw oleh jurutera-jurutera Belawai :)
Timber !!
Sesi refleksi selepas Eksplorasi Hijrah
Refreshment urut-urut, picit-picit, chap chai :) 
Props untuk Masquerade :)
Cikgu Bolhan dan yang lain menikmati makan tengah hari

Setelah itu, kami menyempatkan diri berjalan-jalan di sekitar kampung untuk membeli sesar unjur (memang sedap dan terkenal di Belawai) dan kuih-kuih tradisional untuk dibawa balik. Apa yang menariknya di Belawai ini adalah, ketika acara Khatamal Al-Quran, anak-anak yang diraikan akan diarak menggunakan replika (sama ada replika haiwan, bunga, atau apa sahaja yang mereka inginkan) yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing. Ini bertujuan untuk menggalakkan anak-anak bersemangat menghabiskan bacaan Al-Quran mereka dan juga sebagai rewards kepada mereka. 

Ronda-ronda di Kampung Belawai :)
Kak Asmah, mE, Abg Safwan dan Abg Zainal

Pada malamnya juga, untuk meraikan peserta yang menyambut kelahiran pada bulan Disember, kami membuat kejutan “sesi penyingkiran” pada aktiviti Pilih Aku atau Kamu. Ini juga bertujuan untuk meraikan semua peserta yang mengikuti kembara ini agar mereka terasa ikatan ukhuwwah yang erat.

Blueberry cake. Thanks to Kak Shazana bought it from Sibu  :)
Hari terakhir di Kampung Belawai iaitu pada 5 Disember 2011, sesi terakhir iaitu Sidang Pleno. Di sini kami mendapatkan maklum balas daripada para peserta tentang pengalaman, perasaaan dan harapan mereka sepanjang dan setelah Kembara Setempat ini. Sesungguhnya Allah jualah yang memegang hati-hati setiap hambaNya, maka berikanlah kami ya Allah hidayah petunjukMu  agar kami tidak termasuk orang-orang yang lalai dan rugi. Rombongan kami juga terpaksa bertolak awal sehari kerana aktiviti keesokkanya bermula awal. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, dengan menggunakan 4 buah van, kami bertolak ke Politeknik Mukah. Namun kali ini menggunakan laluan Sibu yang memakan masa lebih kurang 4 jam sahaja. Kami berhenti makan tengah hari di Selanyau lebih kurang 40 minit sebelum meneruskan perjalanan.


9 heroes from Belawai

My sisters :)

Rindu ingin bersua, rindu ingin berada dalam dakapan seorang teman. Itu yang bermain di fikiran. Akan adakah ruang itu untuk kami? Allahu!!

Pada sebelah malamnya, setelah solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah di Pusat Islam, team kami berbincang untuk persembahan Budaya Setempat yang akan dipersembahkan pada Malam Penangguhan Kembara Hijrah. Kami di barisan fasilitator hanya bertindak selaku pemantau. Persembahan mereka adalah hasil perbincangan dan idea mereka sendiri. Syabas adik-adik Belawai J

Setelah adik-adik dari 9 buah daerah di bahagian Mukah ini berkumpul, mereka ini dipecahkan kepada kumpulan yang baharu. Aktiviti mereka antara lainnya adalah ceramah tentang peluang melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan, bantuan kewangan dari Baitulmal dan Yayasan Sarawak, pencapaian akademik untuk pelajar di bahagian Mukah. Kami juga berpeluang melawat Mukah Power Generation Sdn. Bhd. dan ada juga kumpulan yang dibahagikan untuk melawat Press Metal Sdn. Bhd. Sementara menanti golongan lelaki solat Jumaat di Masjid Setiaraja, sempatlah meronda-ronda bandar Mukah (^^,)

In front of MPG Sdn. Bhd
Tempat pemprosesan sumber tenaga daripada arang batu

Together with the twins :)
mE and Bunga at Mukah Power Generation Sdn. Bhd
Masjid Setiaraja Mukah
mE, Bunga and Masyitah

Kak Mar, mE  and Aisyah ;)


Hasil daripada perbincangan dan rumusan Isu Belia Setempat, antara masalah yang mendapat top rangking di kalangan belia di kampung-kampung tersebut adalah lepak, berjudi, minum arak, seks bebas. Adik-adik, moga segala lontaran idea yang dikemukan sewaktu perbincangan tersebut akan mendapat perhatian di kalangan pihak atasan dalam mengatasi isu belia yang kian meruncing ini. Adik-adik adalah pioneer dalam membantu adik-adik yang lain di Mukah selepas ini. Belia adalah aset yang amat berharga bagi sesebuah negara dalam menentukan jatuh bangunnya negara dan yang paling penting mengembalikan kegemilangan Islam !!

Credits untuk adik-adik dari Belawai atas persembahan yang mantap pada malam tersebut. Syukran jazilan buat Abg Safwan, Abg Zainal dan Kak Asmah atas segala bantuan dan kerjasama dalam menjayakan Kembara Setempat di Belawai. Juga terutamanya buat Cikgu Ida yang amat menjaga kebajikan kami semua. Sempat sharing dengannya, ternyata beliau seorang wanita yang amat tabah dan kuat semangat. Juga buat hero-hero iaitu Abg Nordin (yang sempat “hilang” seketika, hahaha) dan Taufiq (penjaga first-aid kit yang setia, hahaha). Terima kasih juga buat AJK Masjid Darul Arqam Kampung Belawai atas yang amat baik, dilayan bagai keluarga sendiri (masakan pun sedap-sedap belaka. Tiap hari dapat makan lauk udang yang fresh. Alhamdulillah). Inilah keluargaku di Belawai. Moga ukhuwwah kita tidak terhenti di sini sahaja. Mohon dimaafi sebarang kekurangan, kekasaran, kemarahan sepanjang kita bersama. 


Hijrah satu proses perubahan yang tiada hentinya. Daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik dan seterusnya untuk sustainkannya. Perubahan itu perlukan masa yang amat, amat, amat panjang. Namun haruslah dimulai dengan langkah pertama. InsyaAllah, andai dizinkan Allah dan ada rezeki lebih, akan ku jejakkan kaki lagi ke Belawai. Belawai tetap dalam ingatan. Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Marilah sama-sama terus menghayati dan menambahkan kecintaan kepada sirah perjuangan baginda Rasulullah SAW, para sahabat, mujahid dan mujahidin seterusnya menghayati ukhuwwah yang dibina pada jalanNya.





Masjid Darul Arqam :)




Ukhuwwah fillah :)
AJK Masjid yang sentiasa menyediakan makanan yang sedap-sedap :) Syukran jazilan 
Kak Asmah, mE, Cikgu Ida, Abg Nordin, Taufiq, Abg Safwan and Abg Zainal.
Thank you very much for the great co-operation :)

Perjalanan balik ke Mukah

Politeknik Mukah, here we come :)

Along kata, “You can become a good fasilitator. You should show your skills in front of her”. Namun aku kaku bila di hadapan orang yang dimaksudkan. Segala tindakanku diperhatikan. Hari-hari seterusnya agak sukar bagiku. Aku tidak mahu rakan-rakan lain terasa hati, kerana itu aku gagahkan diri menghadiri setiap sesi, mencuba untuk terus tersenyum meskipun gelora di hati tak siapa yang tahu. Allahu!!

Kerana apa aku berprogram? Kerana ilmu, kerana ingin ku teruskan penghayatan dan kecintaan kepada perjuangan Rasulullah SAW. Berikan aku peluang kerana diriku, jangan dipengaruhi personal interest. Ukhuwwah itu indahnya bila dikongsikan bersama, saling menerima, dan berlapang dada. Aku tahu bukan mudah, namun aku masih berusaha. Namun fahamkah dirinya?
 Jika kamu mahu dikasihi oleh penduduk di langit, maka kasihilah penduduk di bumi..