Ahlan Wa Sahlan

Saturday, April 30, 2011

"Mereka"


Muhammad bin Abdullah..
Nama yang hanya ku kenali dengan:
Nabi terakhir,
Al-amin gelaran terpuji,
Kepayahan dan keperitan ditanggung demi melihat Islam bersinar,
Nabi pemberi syafaat di muka pengadilan nanti.
Khadijah binti Khuwailid..
Nama yang hanya ku kenali dengan:
Isteri kesayangan baginda Rasulullah,
Membenarkan Islam tatkala yang lain menentang,
Menyelimuti baginda ketika ketakutan didatangi Jibrail,
Pengorbanan harta tiada tandingan.
Teman, ku akui aku masih belum mengenali “mereka”
Mengapa cinta insan lain mendalam pada “mereka”, sedangkan aku belum merasainya?
Di mana kekhilafan dan keterlekaan diri dalam mengenali “mereka” ini?
Ya Allah berikanlah ku kekuatan,
Beri aku ilham dan kefahaman dalam mengenali “mereka” ini,
Perjalanan masih lagi jauh,
Antara dibuai asyiknya dunia dan keluhan perasaan,
Teman, aku perlukan pimpinanmu..
Fahamkan aku andai diri tak memahami..
Demi meraih cinta “mereka”..
Untuk “mereka” kenali kita di hari perhitungan nanti..



Sunday, April 24, 2011

Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
 ~Sami Yusuf~

Saat hati dilanda resah, duduk, dan berfikirlah sejenak. Aku perlukan ruang masa untuk sendiri. Mula menilai diri. Apakah yang telah aku lakukan? Apakah ada habluminallah atau habluminnanas yang aku lalaikan? Adakah hanyut dengan kesibukkan dan keseronokkan duniawi? Atau terlalu memikirkan ujian yang akan menjelang tiba? Atau resah dengan rindu berjauhan? Atau dengan masalah kewangan? Mungkin ini teguran dari Allah buat aku berfikir dan koreksi diri. Ya Allah berikanlah aku kekuatan, janganlah kau bolak-balikkan hati ini, biarlah rindu ini bisa mendekatkan diriku denganMU dan bukannya menjadikan aku lemah, juga moga ujian yang akan ku duduki nanti ku hadapi dengan tenang dengan berkat ilmu dariMU, kerana ilmu itu milikMU. Moga hati ini tidak terlalu resah dengan urusan duniawi, kerana aku harus KUAT, di dunia inilah akan diuji lafaz syahadah yang diungkap. Perjalanan ini masih lagi panjang, dan perjuangan ini pasti menuntut pengorbanan jiwa, wang dan airmata. Aku ingin  kau selalu ada di sisi, agar aku dapat damai dalam pelukanmu, ditenangkan dengan alunan Zikir Fatimah darimu, namun aku akur tuntutan tanggungjawabmu. Pergantungan dan harapan ku sandarkan hanya pada yang selayakNYA, Allahu Robb~








Friday, April 15, 2011

Kunci 21

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran ku panjatkan kepada Allah SWT atas kasih sayang, kesihatan dan usia ini. Juga selawat dan buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW atas pengorbanan baginda memperjuangkan agama Allah ini, tanpa baginda mana mungkin dapat kita rasai nikmat IMAN dan ISLAM, nikmat terbesar buat manusia di muka bumi ini.

Agak lama blog ini tidak diupdate. Kekangan masa untuk menulis sesuatu yang ilmiah dan bermanfaat juga untuk memunuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin. Ternyata amat sibuk dengan urusan duniawi, moga apa yang aku buat ini dihitung sebagai salah satu ibadah yang mampu menambahkan saham-saham aku menuju syurgaNYA. InsyaALLAH, moga diberi ketetapan jiwa agar tidak hanyut dengan urusan duniawi. Aku berusaha sedayanya menjaga kualiti ibadah wajib juga mempertingkatkan amalan-amalan sunat untuk menampung kekurangan yang ada. Alhamdulillah, ternyata diberi kekuatan itu olehNYA mengharungi detik-detik sebagai siswi di kampus ini.

Pada mulanya, aku ingin katakan bahawa aku kini menginjak usia 21 tahun. Perubahan fasa yang baru pada 19 Mac yang lepas. Sewaktu kanak-kanak dan di alam persekolahan dahulu, aku tidak pernah terlepas untuk menyambutnya. Bagi aku pada ketika itu, sambutan ulang tahun kelahiran mesti ada kek dan menjemput rakan-rakan menyambutnya bersama. Namun kini, ia berbeza. Tiada lagi sambutan mahupun hadiah yang banyak dan mahal. Mungkin masih kekok, tapi aku mula memikirkan sesuatu. 

“Apakah yang aku mampu lakukan untuk baki umur yang masih bersisa ini?”

Penghargaan sepatutnya ku berikan kepada kedua ibu bapaku kerana atas ikatan perkahwinan mereka yang suci dan halal itulah lahirnya aku ke dunia ini. Mak yang telah mengandungkan aku, bertarung nyawa melahirkan. Bapa yang bekerja keras mencari rezeki. Bersama-sama membesarkan aku. Tanpa mereka siapa aku? 

“Ya Allah, kau lanjutkan usia kedua ibu  bapaku. Berikan kesihatan yang baik kepada mereka. Sentuhlah hati mereka, bukakanlah hati mereka untuk menerima petunjuk dan hidayahMU. Aku tidak pasti ya Allah adakah cukup bekalan amalanku untuk membantu mereka di hari perhitungan nanti. Ya Allah, ampunilah mereka ya Allah.”

Kehidupan sebagai seorang siswi di kampus memang mencabar. Saat tiba musim assignment ditambah lagi dengan pensyarah yang berkehendakkan portfolio pada masa yang sama., antara senario yang mungkin akan berlaku adalah: Ketegangan di antara ahli kumpulan, bingung memikirkan submission date  yang berdekatan, makan minum tidur mandi dan solat semuanya nak cepat. Astagfirullahalazim, moga aku tidak tergolong dalam golongan ini ya Allah, nauzubillahiminzalik. Moga aku dapat menyeimbangkan kerja duniawi dan tetap mengutamakan urusan ukhrawi. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih dapat menunaikan solat pada awal waktu, menunaikan puasa sunat, berjemaah di masjid dan menghadiri liqo. Semuanya berbalik kepada Allah yang memberikan kekuatan dan rasa istiqamah itu. Alhamdulillah, puji dan syukur selayaknya untukMU.

Apa yang dapat aku pelajari juga adalah cuba untuk BERTENANG WALAU APA YANG TERJADI. Itulah nasihat Along yang aku pegang dan latihkan sekarang. Aku akui bahawa aku seorang yang boleh dikatakan perfectionist dan dan amat mementingkan punctuality. Namun aku sedar bahawa tidak semua orang dapat mengikut kehendak kita walaupun apa yang kita kehendakkan dan sampaikan berniat baik dan demi menjaga kemaslahatan bersama. Aku belajar untuk menjadi FLEXIBLE. Wahai sahabat-sahabatku, maafkan aku andai pernah menyinggung perasaan kalian. Aku akui kekurangan diri dan moga akan sentiasa diperingatkan jika terlupa dan disedarkan bila terlalai.
Aku masih meneruskan perjuangan untuk assignment yang masih berbaki. Seterusnya mempersiapsiagakan diri secara mental, spiritual dan akal untuk ujian yang akan diambil. Mak, bapa, Along, sahabat-sahabat; restu dan doa kalian ku mohon dan perlukan untuk ketenangan menghadapi ujian nanti. 
"Ya Allah, pada umur yang berbaki ini, moga aku terus istiqamah dalam perjuangan melengkapkan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumiMU, tetap tenang menghadapi rencana perjalanan aturan olehMU, anak yang solehah, teman seperjuangan Along, sahabat yang baik, permudahkan aku ya Allah menimba ilmuMU yang amat luas, permudahkan aku untuk menghafal, menghafaz dan memahami kalam suciMU, juga untuk terus meraih cintaMU dan RasulMU". Amin ya rabbal alamin.
Wallahualam..
Wassalam wbt..





Monday, April 11, 2011

Airmata Kerinduan



Kini mula terkadang sendirian..
Sering tertanya, ingatkah dikau akan diriku?
Aku sering teringatkanmu, tiap detik..
Ya Allah, andai rindu ini mengulit resah, kepadaMU aku pasrah..
Segagah tahajud aku pohonkan sewaktu diri diselimuti dingin pagi,
Mohon ketenangan..
Mohon ketabahan..
Mohon kekuatan..
Kau terlalu istimewa,
Walau fitrah itu tidak mampu untuk tolak,
Namun moga kasihku padaNYA dan kekasih agung melebihi segalanya.
Walau ingin selalu di sisi,
Namun kita tak berdaya, tak mampu menggapainya..
Banyak mata yang memerhati, banyak hati yang harus dihalusi
Moga satu hari nanti, kau tahu dan mengerti,
Sungguh, aku sayang padamu duhai teman.
Aku tetap di sini untukmu,
Bersama airmata yang setia menemani,
Hanya itu termampu merungkai kerinduan ini..





Thursday, April 7, 2011

Kata Hati


Ombak rindu itu datang kembali
Menghempas ke benak hati
Terasa sedikit resah
Manantikan waktu bersua kembali.
Aku ingin bersamamu selalu
Untuk melalui mehnah duniawi dan manusiawi bersama
Kau pimpin tanganku sewaktu aku ingin bertatih di jalan tarbiyah ini
Kini aku mampu berlari kerana pimpinan tanganmu.
Namun pimpinan itu masih ku perlukan di saat aku terjatuh dek kerikil hujan panas ujian.
Terima kasih Ya Allah, kau hadirkan teman istimewa ini.
Biarpun berjauhan jasad, namun aku yakin ENGKAU menjaganya untukku.
Teman, moga kau bahagia di sana.
Selusuri jalan kasih kita,
Bertemu di perdu kasihNYA..