Ahlan Wa Sahlan

Sunday, December 25, 2011

Kursus Intensif Islam (INTI) I

Pada 17-18 Disember 2011, satu Kursus Intensif Islam (INTI) I telah diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah SWT atas kelangsungan dan kelancaran pada program kali ini. Pada malam 16 Disember, satu TOT telah diadakan di Pejabat Hikmah Cawangan untuk menjelaskan modul dan aktiviti yang akan dijalankan. Aku bertindak selaku Ketua Urusetia program pada kali ini.

Ternyata ada pembaharuan untuk Kursus INTI pada kali ini kerana telah ada modulnya yang tersendiri. Tidak tertumpu kepada ceramah semata-mata. Penyampaian yang lebih santai namun jelas kepada objektifnya dan penerapan amalan berdoa. Di manapun kita berada, pasti ada golongan yang turut berjuang bersama kita, oleh itu usah risau J

Terima kasih tidak terhingga buat Cikgu Sukri (Pegawai Belia HIKMAH Pusat) dan Ustaz Sarbini Dahlan (Pegawai Dakwah HIKMAH Pusat) selaku penceramah. Ustaz Sodikin, Ukhti Adha dan Taufiq Hidayat dari HIKMAH Cawangan Sri Aman. Tenaga fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada Mohamad Zulfaqar (pelajar Politeknik Mukah), Ukhti Siti Hajar dan Ukhti Fadzila (dari Betong), Ukhti Nurul Sebtuyah (guru di SMK Melugu), Ukhti Syuhada (berkhidmat di Jabatan Pergigian Poliklinik Sri Aman), Ukhti Haryati (berkhidmat di Makmal Stor dan Ubat, Hospital Sri Aman), Ustaz Azizi (guru di SMK Sri Aman), Abg Ismadi (yang jaga makan dan minum kami J) Mohd Hamizan (pelajar di IPIS), Mohd Safiq (berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan Ukhti Aisyah (pelajar lepasan SPM)

Salam ukhuwwah buat yang pertama kali bersua dan bekerjasama. Syukran jazilan buat semuanya atas kerjasama, lontaran idea dalam menjayakan program pada kali ini. Moga kita akan terus bekerjasama pada program yang seterusnya. InsyaAllah.. Moga Allah SWT sampaikan umur, hasrat dan memperluaskan rezeki kita untuk terus berprogram dan berjuang di jalanNya. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis J InsyaAllah, apabila kita bergerak dalam jamaah, kita akan saling menampung kelemahan yang ada dan mempertingkatkan kekuatan yang sedia ada. Mohon dimaafi atas kelemahan dan kekurangan untuk program pada kali ini. Aku juga insan biasa yang adakalanya emosi lebih menguasai diri daripada kewarasan akal.

Adik-adik di luar sana perlukan pendekatan kita. Namun pada masa yang sama, kita haruslah sentiasa memperbaiki diri agar apa yang kita ajakkan tidak seperti ibarat angin yang menyapa diri. Jika kita terus leka, inilah yang mengakibatkan krisis identiti dan kegelisahan pada diri. Nuzubillahiminzalik. Perubahan itu perlukan masa yang amat panjang namun harus dimulai dengan langkah pertama. Biar sedikit namun istiqamah, itulah yang Allah SWT suka J Seru diri dan ajak orang lain..

Wallahualam..

Taklimat keselamatan dan disiplin daripada Pegawai Bomba yang bertugas, Encik Tony
Khusyuk mendengar taklimat :)
Sesi bermula bersama Cikgu Sukri 
Kak Nurul together with her group in LDK of Pokokku
Before starting off with the Explorace :)
Alhamdulillah, it's great to co-operate with Cikgu Sukri  @ CS.
Looking forward for the next program :)
Kena "dera" di check point Akhie Zul :)
Nyanyi lagu Lalang. Whose check point is this? :p
Ukhti Syuhada and Ukhti Haryati :)
Salam ukhuwwah
Kena denda nyanyi lagu Katak Kembung Katak Kempis :p
Sekitar Majlis Penangguhan Kursus Intensif Islam (INTI) I
Kumpulan muslimin terbaik dan peserta muslimin terbaik.
Cayalah Akhie Zul :)
Akhie Safiq and his group :)
Akhie Ismadi with his little brothers :)
Haryati and mE with our little sisters  :)
Ukhti Siti Hajar and mE with her group
Ukhti Nurul Sebtuyah, mE and Ukhti Fadzila with their group
Jazakumullahu khairan kathira. Moga kita sentiasa dalam rahmatNya
mE, Ukhti Fadzila, Ukhti Haryati, Ukhti Aisyah, Ukhti Nurul Sebtuyah, Ukhti Siti Hajar
Ukhti Siti and Ukhti Adha :)

No comments:

Post a Comment