Ahlan Wa Sahlan

Friday, June 10, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE


Song Title: For The Rest of my Life
Artist: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along.. oooo
And there’s a couple words I want to say

(Chorus)
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along.. ooo
And there’s a couple word I want to say

(Repeat Chorus)
I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Pautan : http://www.youtube.com/watch?v=IgewRIyoULU&feature=related

JEMPUTAN UMRAH ASTRO OASIS


Saya ingin menunaikan umrah bersama ASTRO OASIS kerana ingin sekali melengkapkan Rukun Iman yang kelima bersama orang yang saya sayangi, sama ada bersama ibu bapa saya (Abdul Karim Wen, Maimunah Rajuna) atau sahabat baik saya (SHM) Dengan umur yang masih bersisa dan tenaga di waktu muda inilah yang sepatutnya dimanfaatkan. Di baitullah tempat berhimpunnya manusia dari seluruh pelusuk dunia tanda penyatuan lafaz syahadah dan tauhid yang sama. Moga kedatangan ke baitullah mampu mengingatkan betapa kerdil dan hinanya diri serta dalam usaha mempersiapsiagakan diri mengadap Allah di padang mahsyar kelak. Sekaligus mengeratkan lagi kasih sayang antara kami. Pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabiah dalam memperjuangkan Islam moga lebih mampu menyerap ke urat nadi bila mampu menjejakkan kaki ke sana. Allahuakbar!!

Catatan:
Dalam tempoh cuti ini, pada suatu malam setelah melihat iklan Jemputan Umrah di ASTRO OASIS, aku  bertekad untuk mencuba nasib. Coretan di atas telah aku hantar ke peraduan tersebut. InsyaAllah, jika memang rezeki berpihak kepada aku, aku akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci nanti.

Ceritera Manusia


Dinihari itu
Mata menyoroti sekujur tubuh tua
Menongkah rintik hujan
Tekun mengutip tin kosong di tepi jalanan.
Tengah hari itu
Melihat anak kecil
Terpinga-pinga berjalan di celahan manusia
Yang hanya memikirkan mengisi perut yang lapar
Malam kini menjelma
Berpegangan tangan menuju ke pondok usang,
Teduhan setia dari putaran alam,
Fikiran mencongak, “Apakah ada rezeki hari esok untuk kami?”

Di sisi lain pandangan kehidupan,
Manusia terkinja, lemas dalam lautan hiburan, kebendaan
Menindas tanpa ada belas ihsan,
Berlebihan dalam urusan duniawi,
Ibarat robot, putaran kehidupan yang sama,
Itukah kepuasan yang dicari?
Ke mana hilangnya ihsan manusiawi?
Terkedu tanpa jawapan.


Wahai insan, ingatlah!
Kehidupan di dunia ini ladang amalmu,
Semaikan benih kebajikan dan kebaikan,
Sebagai saham yang kau tuai hasilnya di akhirat nanti.
Kita ini hambaNYA,
Kita ini khalifah terpilih,
Apa milikmu, semuanya dari Tuhanmu.
Wahai insan,
Janganlah terlelap dek candu dunia,
Hulurkan tangan ringankan beban saudaramu,
Untuk melihat mereka kembali tersenyum,
Melihat barisan anak-anak menjadi pencinta ilmu,
Demi izzah Islam untuk kembali bersinar,
Semuanya mampu,
Bila ada tangan yang menghulur seikhlasnya.

Catatan:
Alhamdulillah, aku telah dijemput untuk mendeklasmasikan sajak pada Majlis Makan Amal yang dianjurkan oleh PERKIM  yang turut dihadiri oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Sarawak iaitu Datin Hanifah Taib Al-Asree dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.  Oleh itu, sajak ini khas dicipta untuk majlis tersebut.

TRIBUTE TO SEMINAR MEMPERINGATI KETOKOHAN SAYYIDAH KHADIJAH AL-KUBRO


 
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”
Alhamdulillah, kerana aku masih punya nikmat Iman dan Islam, nikmat teragung yang tidak akan aku sia-siakan. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, kekasih agung yang sentiasa dirindui. Agak lama blog ini agak bersawang. Kekangan masa dengan urusan duniawi, masalah perasaan yang melanda, itulah realiti kehidupan sebagai seorang insan. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah, astagfirullahalazim.
Pada entri kali ini, aku akan berkongsi satu pengalaman, perjalanan minda dan jiwa yang pasti tidak akan aku lupakan sepanjang hidup, dalam usaha mengenali insan mulia di sisi Rasulullah SAW, iaitu isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah al-Kubro. Penulisan aku ini sememangnya tidak mampu menggambarkan betapa istimewanya insan yang bertakhta di hati baginda Rasulullah SAW ini, namun kerana ih kasih demi menagih kasih dan syafaat baginda di yaumul akhirat kelak, aku mencuba untuk menulis.
Seminar ini berlangsung pada 7-8 Mei 2011 bersamaan 3-4 Jamadil Awal 1432H bertempat di Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak. Aku bersama seorang sahabat, Ukhti Mariati Roslan telah mengambil penerbangan Miri-Kuching (6 Mei 2011) pada pukul 9.05 malam. Jujurnya, setelah aku mendapat panggilan telefon daripada seorang teman yang mengatakan aku diminta untuk menjadi pengacara majlis pada seminar tersebut, aku berasa gembira dan terharu. Namun, semakin mendekati tarikh seminar, aku tidak lalu untuk makan dan tidur. Pelbagai persoalan di benak fikiran dan hati tentang “Saidatina Khadijah”. Persoalan ini hanya mampu ku ungkapkan melalui karyaku pada entri sebelum ini yang bertajuk “Mereka”. Aku melakukan diskusi bersama sahabat-sahabat di IPG, di Madinah juga melakukan serba sedikit pembacaan, namun masih ada resah yang bersarang di hati. Jika sebelum ini untuk membuat teks pengacaraan majlis tidak memerlukan masa yang panjang bagiku, namun berlainan untuk seminar ini. Dalam doaku agar dipermudahkan urusan seminar pada hari tersebut dan juga melalui seminar ini, mampu dirungkaikan segala persoalan. Tekadku dalam hati, aku akan memberikan yang terbaik, insyaAllah.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lebih awal dari yang dijangkakan dan menunggu kedatangan teman untuk mengambil kami. Kami tiba di tempat seminar lebih kurang 11 lebih malam, dan membantu apa yang patut memandangkan banyak lagi kerja yang belum disiapkan. Gembira dan rindu yang tidak terungkap terhadap teman dan “ahli keluarga” di sini, namun ada tugas yang lebih penting harus diselesaikan pada malam itu. Moga kerinduan itu akan berbayar juga nanti. 

Seminar ini merupakan anjuran bersama oleh 7 badan kerajaan dan bukan kerajaan iaitu di antaranya adalah:
1.    Biro Wanita Sarawak, Jabatan Ketua Menteri
2.    Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)
3.    Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak
4.    Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sarawak
5.    HELWA Harakah Islamiah (HIKMAH)
6.    Perkumpulan Wanita Islam (HUMAIRA) Majlis Islam Sarawak
7.    HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa belaiu mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah Khuwailid. Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir’aun.”  (Hadis Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim)

Mungkin ada golongan yang berfikir bahawa Saidatina Khadijah adalah romantic version of muslimah memandangkan umur beliau adalah 40 tahun sedangkan baginda Rasulullah SAW berusia 25 tahun. Pandangan ini adalah salah sama sekali. Allahu! Betapa besar dan mulianya pengorbanan Saidatina Khadijah r.a ini kepada agama Islam dan suami tercinta. Saidatina Khadijah r.a telah mampu melahirkan anak-anak seramai 7 orang melalui perkahwinannya bersama baginda Rasulullah SAW iaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalthum dan Fatimah Al-Zahra. Beliau jugalah orang pertama yang membenarkan ajaran Rasulullah tatkala orang lain mengatakan baginda berdusta atas nama kerasulan. Bahkan Rasulullah SAW sendiri merakamkan penghargaan kepada Saidatina Khadijah dalam sabdanya yang bermaksud:
“Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak selain dia.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Malahan ketika baginda Rasulullah SAW berkhalwat di Gua Hira’  kerana baginda tidak menyenangi apa yang dibuat oleh masyarakat Quraisy yang menyembah berhala dan hiburan pada ketika itu, Saidatina Khadijahlah tanpa banyak tanya dengan senangnya menyiapkan bekalan untuk baginda. Pada usia sekitar 50-an mendaki Gua Hira yang ketinggiannya lebih kurang 2500 kaki dari paras laut, setiap hari untuk menghantar bekalan makanan kepada baginda Rasulullah SAW. Apabila dilihatnya baginda tengah bersolat, beliau hanya mengintip perbuatan baginda dan meninggalkan bekalan tersebut di pintu gua. Beliau tidak menganggu baginda Rasulullah SAW, namun bayangkan sajalah perasaan ditinggalkan orang tersayang selama beberapa hari dan kecanggihan komunikasi yang ada pada masa kini, sudah pun merungut dan rindu tidak tertahan, namun tidak bagi Saidatina Khadijah. Allahu! Aku sendiri secara jujurnya belum mencapai tahap untuk tidak berhubungan dengan orang kesayanganku walau sehari cuma!

Keturunan Saidatina Khadijah juga mengikut salasilah adalah yang paling rapat dengan baginda Rasulullah SAW, iaitu sperma yang sama dari moyang baginda, Qusai bin Kilab. Nasab Saidatina Khadijah r.a dari jalur ayahnya: Telah berkata Ibn Ishaq: Khadijah adalah anak perempuan kepada Khuwailid bin Asad Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr.
Manakala nasab Saidatina Khadijah r.a dari jalur ibunya: Telah berkata Ibn Ishaq: Ibu Khadijah bernama Fathimah bin Za’idah bin al-Aslam bin Rawalah bin Hajar bin Abd bin Ma’ish bin Amir bin Luai bin Ghalib bin Fihr.

Fahamilah bahawa Allah SWT telah menciptakan Saidatina Khadijah r.a untuk menjadi pasangan kepada afdhalul makhlukat (seafdal-afdal makhluk) pasangan yang disediakan sejak azali iaitu kepada Nabi Muhammad SAW. Subhanallah!
Mungkin riwayat ini tidak pernah didengari, bahkan pertama kali aku mendengar sewaktu seminar ini. Diceritakan bahawa ibunda Rasulullah SAW, iaitu Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf telah berkawan dengan Saidatina Khadijah r.a. Beliau telah menjenguk kelahiran Nabi Muhammad SAW pada ketika itu, lalu terdetik di hati beliau, “Mengapa aku tidak dilahirkan sezaman dengan kanak-kanak ini supaya aku dapat bermain bersamanya, membesar bersamanya.” Subhanallah, sesungguhnya Allah telah mendengar rintihan Saidatina Khadijah r.a lantas dihijab doanya oleh Allah SWT. Pasangan ini tidak sezaman waktu kecil, namun dengan aturan Allah SWT yang Maha Agung, mereka mampu hidup sezaman pada waktu dewasa. 

Selain itu antara keistimewaan Saidatina Khadijah r.a yang lainnya adalah, beliau antara wanita Quraisy yang tahu membaca dan menulis, memiliki otak yang cerdas dan tinggi budi bahasa. Sifat  dermawan yang tiada tolok bandingnnya. Jika beliau mendapat tahu ada yang tidak cukup makan, akan diberikan makanan, jika ada yang tidak cukup duit untuk berkahwin, akan dicukupkan belanja untuk berkahwin. 

Terdapat 4 gelaran utama yang disandang oleh Saidatina Khadijah r.a , antaranya adalah:
1.    At-Tohirah
Seorang yang suci dan menjaga maruah dan kehormatannya. Walaupun beliau ahli perniagaan dan hartawan yang amat berjaya, namun hatinya masih mencari-cari agama kebenaran. Walaupun berada dalam masyarakat jahiliah, beliau tidak pernah menundukkan dirinya kepada berhala. Beliau merasakan tidak masuk akal untuk menyembah berhala buatan sendiri dan tiada agama bagi orang yang tidak berakal. Beliau sentiasa bertanyakan pendapat tentang ilmu-ilmu Allah SWT daripada sepupunya , Waraqah bin Naufal yang beragama Kristian (yang pada itu ajaran Nabi Isa masih lagi suci dan tiada penyelewangan sepertimana kitab-kitab Injil yang ada pada masa kini) dan belajar menulis kitab Injil kepada bahasa Arab.

2.    Sayyidah An Nisa i Quraisy
Bermaksud Penghulu kepada kaum wanita Quraisy yang paling termulia di kalangan wanita Quraisy yang masih berpegang kepada nilai-nilai murni. Saidatina Khadijah tidak merasa lokek dengan kesenangan dan kekayaan yang dimiliki dan sentiasa berkongsi dengan masyarakat sekelilingnya.

3.    Ummul Mukminin
Bermaksud penghulu kepada kaum mukminin selepas beliau menjadi isteri kepada baginda Rasulullah SAW.

4.    Sayyidatul Nisa’ Ahlul Jannah
Bermaksud penghulu kepada kaum wanita di syurga.
Apa yang paling menyentuh hati aku adalah apabila tiap kali dibacakan riwayat bahawa Allah SWT menyampaikan salamNYA kepada Saidatina Khadijah r.a ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dan berkata: “Wahai Rasulullah! Khadijah telah datang kepadamu dengan membawa bekas yang terdapat dalamnya lauk-pauk dan makanan. Apabila beliau sampai kepadamu, sampaikan salam kepadanya daripada Tuhannya dan daripadaku. Sampaikan berita gembira kepadanya mengenai sebuah rumah di dalam syurga yang dibuat dari mutiara, di dalamnya tidak ada kebisingan dan kesusahan.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Kalau kita manusia ini biasanya, apabila disampaikan salam kepada kita, kita akan menjawab “Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh”. Namun layakkah kita menjawab sebegitu kerana salam sejahtera itu sememangnya milik Allah SWT. Namun dengan bijaknya Saidatina Khadijah r.a menjawab salam itu dengan berkata, “Allah Maha Penyelamat, daripadaNYA keselamatan dan kepadaNYA pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” Allahu!! Subhanallah!!

Ketulusan hati Saidatina Khadijah r.a sebagai seorang isteri juga terbukti apabila Rasulullah SAW yang pada ketika itu menggigil ketakutan setelah mendapat wahyu pertama di Gua Hira’ dan dipeluk dengan eratnya oleh Malaikat Jibril. Baginda berkata, Selimuti aku, selimuti aku! Maka diselimutilah baginda oleh Saidatina Khadijah, mengusap baginda dengan penuh kasih sayang dan membiarkan baginda tenang dan menunggu sehingga baginda menceritakan apa yang telah berlaku.  Maka Saidatina Khadijah r.a menyahut: “Tidak sekali-kali! Demi Allah, tidak dihinakan engakau selamanya kerana engkau suka menghubungkan silaturrahim dan engkau seorang yang suka menanggung kepayahan hidup, dan engkau suka mengorabnkan tenaga kepada orang yang lemah (tidak berdaya) dan suka memuliakan tetamu dan menolong atas yang hak dari cubaan dan bala.” Kemudian pergilah Saidatina Khadijah r.a bersama baginda SAW menemui Waraqah. Naufal bin Asad bin ‘Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Khadjah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lainnya) Subhanllah! Betapa dengan penuh rasa kecintaan dan berprasangka baik Saidatina Khadijah r.a terhadap suaminya dan tidak mendesak suaminya menceritakan pada masa itu juga perihal yang berlaku. Namun realiti sekarang, mungkin sahaja berhamburan periuk belanga, kata-kata cemuhan apabila melihat suami balik dalam keadaan yang tidak tentu arah bukan?

Saidatina Khadijah r.a isteri yang amat disayangi oleh baginda Rasulullah SAW sehinggakan Saidatina Aisyah r.a pernah cemburu kepada beliau. Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a, beliau berkata: “Rasulullah SAW hampir tidak pernah keluar rumah sehingga Baginda SAW menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka baginda SAW marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh dia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengan Allah mengurniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (isteri) yang lain. Aisyah r.a berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekannya selama-lamanya.”
Dan Baginda SAW berkata membela dan memuji Khadijah binti Khuwailid r.a ketika Aisyah r.a cemburu kepadanya: “Sesungguhnya aku diberi rezeki iaitu mencintainya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Ketika pihak kafir Quraisy membuat pemboikotan terhadap Bani Hashim dan Bani Muttalib yang berlaku hampir 3 tahun, tiada sebarang urusan yang boleh dilakukan, bekalan makanan dan bantuan juga telah disekat. Sumber makanan yang ada hanyalah rumput-rampai dan daun-daun.  Boleh sahaja Saidatina Khadijah r.a tidak terlibat dengan dengan pemboikotan tersebut kerana beliau bukanlah berasala dari mana-mana bani tersebut. Namun kerana kecintaan yang mendalam terhadap baginda Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah yang berusia 60 tahun pada ketka itu tetap teguh bersama suaminya. Walaupun adakalanya beliau mendapat bekalan makanan daripada saudara-saudaranya yang menyusup masuk, namun beliau berkongsi makanan tersebut bersama orang lain bahkan beliaulah yang mendapat bahagian yang paling sedikit dan terakhir. Hinggakan di saat-saat akhir beliau yang ditemani oleh suami tercinta, Saidatina Khadijah r.a telah berkata: “Wahai Rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan perkara lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini.” Rasulullah SAW sayu mendengar semua itu.

Pengorbanan Saidatina Khadijah r.a kepada Islam amat besar, tulang belakang dan peneman setia kepada Rasulullah SAW walau pelbagai rintangan datang melanda. Tidak ada rungutan, sesalan yang pernah terkeluar dari mulut dan fikiran beliau. Pengorbanan yang amat luar biasa, ikhlas berjuang bersama suami tercinta juga demi mencapai keredhaan Allah SWT. Beliaulah role model terbaik bagi wanita sepanjang zaman! Ayuh, muslimah sekalian, contohilah dan berusahalah untuk mengikut jejak langkah Saidatina Khadijah r.a dari segala aspek lapangan kehidupan; seorang ahli perniagaaan yang berjaya lagi dermawan, isteri yang teguh di sisi suami, ibu mithali. Sebuah keluarga mawadah wa rahmah bermula pembentukannya daripada seorang ibu, madarasah yang terbaik dan guru pertama buat anak-anak. Isteri yang sentiasa menjaga nama baik suami, memberikan selagi yang termampu, seikhlasnya dan penuh kasih sayang, menjadi penenang di kala gundah, tempat berpaut di kala goyah dek cabaran. Seorang isteri harus kuat dari segi mental, spiritual, fizikalnya!!

Mengapa, mengapa dan mengapa harus dicintai dan mengasihi Saidatina Khadijah r.a?
1.    Untuk melengkapkan syarat keimanan kepada kerana cinta kepada orang soleh lebih bermanfaat daripada cinta kepada orang beriman yang biasa.
2.    Orang yang dicintai oleh Allah SWT. Masih ingat tentang Saidatina Khadijah r.a satu-satunya insan yang menerima salam daripada Allah SWT dan dijanjikan syurga di mana rumah itu tiada penat dan hiruk-pikuk di dalamnya dan dibina daripada permata luluk dan zamrud?
3.    Orang pertama dicintai oleh Rasulullah SAW sehingga akhir hayat baginda.
Rasulullah SAW bersabda;  “Aku direzekikan oleh Allah SWT untuk mencintai dan menyayangi Khadijah. Sesungguhnya aku sangat kasih dan cinta keoada orang yang mengasihi dan mencintai Khadijah.”
4.    Pengorbanannya kepada Islam dan teman setia kepada baginda Rasulullah SAW yang tiada tolok bandingnya.
5.    Beliau adalah keluarga daripada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syura ayat 23 yang bermaksud: .... Katakanlah (Muhammad), “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu imbalan pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan”. ...

Allahu ya Allah, sudah sedia ada role model  di hadapan mata kita, serikandi islam yang  terbaik. Mengapa perlu mengagung-agungkan orang lain? Sesungguhnya seminar ini sedikit sebanyak membuka minda dan hati aku untuk terus berusaha mengenali dan menambahkan kecintaan kepada insan istimewa di sisi Rasulullah SAW ini. 

Buat insan-insan yang bertungkus-lumus untuk merealisasikan seminar ini, Cik Aminah Ismail (Auntie Am) dan juga Cik Shamsiah Mahli (Kak Shams), terima kasih yang tidak terhingga atas kesempatan yang diberikan dan moga usaha kalian mendapat tempat di sisi Allah SWT dan demi sama-sama mendapatkan syafaat daripada kekasih agung, Nabi Muhammad SAW di yaumul akhirat kelak, juga moga Saidatina Khadijah r.a mengenali kita nanti. Melalui program-program Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS), aku tidak kekok kerana aku juga punya keluarga di sini. (Abg Hisham, Kak Ayu, si handsome Khalif, Kak Mariati, Kak Amirah, Kak Khatijah, Kak Seni, Daydeq, Maryam, Jasmin, Memey, Fatha, Mas, Rahmah). Aku juga berkesempatan berjumpa dengan sahabat yang lama tidak ditemui (Kak Suhana, Kak Farhanah, Kak Balqis, Azmiah Amir aka kembarku). Subhanallah, puji dan syukur kepada Allah SWT dalam mempertautkan hati-hati kami dalam medan dakwah ini dalam mencari redha Allah SWT . Persahabatan yang terjalin dan terikat atas dasar ketaqwaan kepada Allah SWT akan menjadikan nilai dan kemanisan yang jauh lebih hebat. InsyaAllah. Walau masih jauh perjalanan dan pelbagai lagi rintangan yang harus ditempuhi, moga kita akan terus saling membantu, mengingatkan bila terlupa dan menyedarkan bila terlalai. Penulisanku ini masih banyak lagi kelompangannya dan tidak layak untuk menggambarkan betapa mulia pengorbanan, ketulusan hati dan insan istimewa di hati Rasulullah SAW ini, namun dalam pertatihanku mengenali, mencintai dan meneladani Ummul Mukminin ini, aku teruskan jua. Ampuni kekhilafan dan kelalaianku dalam mengenali insan istimewa di sisi Rasulullah SAW ini ya Allah. Bantulah aku untuk terus meneladaninya. Demi managih syafaat dan kasih sayang kekasih agung Nabi Muhammad SAW, cintailah Saidatina Khadijah! Allahu!!

Al-Fatihah ila ruhi Sayyidatina Khadijah al-Kubro.

Wallahualam..

Rujukan:
1.    Kertas kerja iringan Seminar Memperingati Ketokohan Sayyidah Khadijah al-Kubro
2.    Catatan ringkas ketika aku mengkuti pembentangan kertas kerja oleh Ybhg Ustazah Datin Hajah Aminah bt Haji Zakaria, Al Habib Ali Zeinal Abdidin Al Hamid, Ybhg Ustazah Alimah Alaydrus, Ybhg Ustazah Asni Asni bt Mansor Al Hafizah, Prof Dr Harlina Hj Siraj.
Bantulah aku untuk meneladaninya, Ummul Mukminin Saidatina Khadijah al-Kubro


Keluargaku

Salam perkenalan Abg Hisham dan Kak Ayu

Ukhuwwah fillah. A big happy family moga sentiasa dalam rahamt dan kasih sayangNYA.

Jejak kasih (Kak Sue & Azimah)