Ahlan Wa Sahlan

Friday, June 10, 2011

JEMPUTAN UMRAH ASTRO OASIS


Saya ingin menunaikan umrah bersama ASTRO OASIS kerana ingin sekali melengkapkan Rukun Iman yang kelima bersama orang yang saya sayangi, sama ada bersama ibu bapa saya (Abdul Karim Wen, Maimunah Rajuna) atau sahabat baik saya (SHM) Dengan umur yang masih bersisa dan tenaga di waktu muda inilah yang sepatutnya dimanfaatkan. Di baitullah tempat berhimpunnya manusia dari seluruh pelusuk dunia tanda penyatuan lafaz syahadah dan tauhid yang sama. Moga kedatangan ke baitullah mampu mengingatkan betapa kerdil dan hinanya diri serta dalam usaha mempersiapsiagakan diri mengadap Allah di padang mahsyar kelak. Sekaligus mengeratkan lagi kasih sayang antara kami. Pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabiah dalam memperjuangkan Islam moga lebih mampu menyerap ke urat nadi bila mampu menjejakkan kaki ke sana. Allahuakbar!!

Catatan:
Dalam tempoh cuti ini, pada suatu malam setelah melihat iklan Jemputan Umrah di ASTRO OASIS, aku  bertekad untuk mencuba nasib. Coretan di atas telah aku hantar ke peraduan tersebut. InsyaAllah, jika memang rezeki berpihak kepada aku, aku akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci nanti.

No comments:

Post a Comment