Ahlan Wa Sahlan

Tuesday, December 20, 2011

Bicara pada diri

Tiada lagi airmata yang dapat ku alirkan..
Kepenatan untuk terus beralah..
Aku juga ingin bahagia..
Aku ingin kembali tersenyum..
Aku ingin aku yang dahulu..
Sahabat, maafkan aku
Andai ada hakmu yang tidak aku penuhi..
Aku kalah dalam perjuangan itu..
Di mana aku beroleh kekuatan??
Saat qaulan tsaqila memanggil,
Ku gagahkan diri
Mencari silap dan kelemahan diri
Malu tidak bertepian kerana melebihkan kasih manusia
Namun tidak ku mampu menolak fitrah insani
Sungguh, aku amat kasih padanya
Kerna dirinya bukan sahaja seorang sahabat dan teman
Namun sebahagian dari diriku..
Allahu ya Rahman..
Bantulah aku mengenali cinta penciptaKu dan kekasihMu..
Jangan biarkan aku jauh daripada rahmatMu..
Jangan biarkan aku terus kecewa dengan kasih insani..
Jangan biarkan aku kepenatan menunggu kasih insani..
Bila ku kejar cintaMu dan kekasihMu
Cinta insani juga akan dekat padaku
Lantas tiada kebimbangan lagi setelahnya..






2 comments:

  1. piluk baca, aiee..thumb up..!^_^

    ReplyDelete
  2. Mohon doa drpd shbt2 agar dpt bangkit semula~
    Ukhuwwah itu manisnya bila dpt dkongsi bersama

    ReplyDelete