Ahlan Wa Sahlan

Friday, December 23, 2011

Pilihlah



Pilihlah,
Untuk bertahan disakiti atau kau yang menyakiti..

Pilihlah,
Untuk beralah atau terus berjuang..

Pilihlah,
Untuk menangis atau tersenyum kembali..

Pilihlah,
Untuk kau bersendiri atau bersama-sama..

Pilihlah,
Untuk jatuh atau bangkit kembali..

Pilihlah..
Untuk membenci atau menyayangi..

Pesan pada diri, Nurr Azreen binti Abdul Karim
Bertahanlah sehingga ke penghujungnya..
Teruskanlah berjuang meskipun ada luka yang membekas..
Tersenyumlah kerana yang lain inginkannya..
Bergeraklah bersama, agar tika kau jatuh, ada yang memimpin, ada yang mendoakan setiap langkahmu..
Bangkitlah kembali kerana ada cahaya di hujung jalan..
Menyayangilah, kerana Allah amat kasih kepada mereka yang berkasih sayang keranaNya..
Janganlah berdendam kerana itu bukan sifat mukminah sejati..
Saat kau kematian rasa..
Saat kau rasa tiada insan yang mendengar..
Kembalilah pada TuhanMu, ingatilah pesanan kekasih agung..
Mungkin lama kau tidak merintih padaNya..
Mungkin lama kau tidak menyahut panggilan qaulan tsaqilanya..
Astaghfirullahalazim..
Merintihlah duhai jiwa-jiwa yang penuh kedosaan..



2 comments:

  1. syukran..! yup...kembali senyum...!
    pilihlah untuk bahagia..
    byk input n kekuatan yang kmk dpt dr ktk kak ein..
    mungkin tiba masa tok kmk gik yg stand by ur side now tok berik ktk kekuatan..waima kmk still x berapa gilak, but, as a friend & ur sis...^_^
    mok ktk yg dolok...epi n ceria wlau apa yg trjadi..
    insyaAllah, ktk kuat...^_^

    ReplyDelete
  2. Jazakillah fida. Sahabat ya apabila kita menangis, ada bahunya untuk kita bsandar. Bila kita tjatuh, masih ada tangan yg memimpin. Saat kita lemah, kalungan doa x putus2 utk kita. Carilah sahabat mcm ya, n jadilah sahabat mcm ya dik :)
    Moga rahmat Allah sentiasa bsamamu

    ReplyDelete