Ahlan Wa Sahlan

Sunday, January 1, 2012

Kataku..

Alhamdulillah..
Sewaktu bait-bait kata ini ditulis, mentari dhuha baru saja menyapa diri. Berbicara pada Allah segala hasrat di hati. Pastinya Dia mendengar setiap rintihan hambaNya, mengira setiap titis air mata yang jatuh.

Tahun Masihi membuka tirainya, 2012. Dulu mungkin aku antara yang excited untuk menyambut tahun baharu Masihi ini. Namun setelah ku fahami, ternyata aku lebih senang menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah itu sendiri. Ternyata setiap daripada kita aku kira ada pendapatnya masing-masing bukan? J

Sepanjang 2011, 52 entri (termasuk lagu-lagu dan lirik pilihan) telah ku muatkan dalam blog ini.

Aku menulis bukan kerana nama.

Aku menulis bukan juga kerana inginkan followers yang ramai.

Aku menulis daripada hati, daripada pembacaan, daripada pemerhatian, daripada pengalaman, untuk ku kongsikan bersama agar di akhirat ini tatkala ditanya apakah yang kau telah sumbangkan untuk orang lain? InsyaAllah, moga penulisan ini tetap kekal untuk dibaca. Apa yang baik, ambillah. Apa yang tidak baik itu, perhalusilah dengan dasar keimanan dan kewarasan akal, kerana aku juga manusia biasa. Allahu..

Semester baharu, menjanjikan satu cabaran yang baharu buat aku. Kerana apa? Pertama kali harus menyewa di luar bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain, pertama kali akan menjalani praktikum. Isu transportation belum lagi selesai, itu menjadi satu kegusaran sebenarnya buat diriku. Untuk memiliki kenderaan pada saat ini bukan lagi menjadi satu kemahuan tetapi lebih kepada satu keperluan. Moga Allah SWT melapangkan, menambahkan rezekiku dan menjawab doa dalam dhuhaku. Along berpesan, orang yang menuntut ilmu ini dijamin rezekinya dan dijaga keluarganya. InsyaAllah, moga ada jalan penyelesaian yang terbaik. Allahu..

Dalam masa 2 hari lagi, tanggungjawab itu harus ku galas kembali.
Penentuan posisi dalam JPP yang bakal mencorakkan kepimpinan untuk tahun ini. Adik-adiku, yakinlah pada kebolehan diri yang Allah kurniakan buat kita. Walaupun kebanyakannya masih baru, namun letakkan niat kita hanya kerana Allah dan usaha yang sungguh-sungguh serta jangan malu untuk bertanya.

Aturan masa yang harus ku atur dengan sebaiknya. Antara belajar, dakwah, kepimpinan dan program. Walaupun letih secara fizikalnya, namun aku “puas secara dalaman” kerana aku telah melaksanakan selari dengan fitrahku.

Sahabat-sahabat, mohon didoakan diri ini agar terus kuat dan tabah.

Along, i really need your support and your doa. Right now, we’re distance apart. InsyaAllah, the time will come for us. Amin yarabbal alamin.


No comments:

Post a Comment