Ahlan Wa Sahlan

Sunday, February 26, 2012

Kata Hati


Pertemuan setahun lalu, tanpa ku duga. Lantas ku sambut huluran itu.

Aku berada di sini kerana yakin akan janjimu untuk aku bersama sebagai sahabat, teman dan adik.

Aku yakin akan janjimu untuk membimbingku, bersama denganku dalam susah dan senang, bersama mengislah diri dan keluarga, juga agar lebih dekat dengan pencipta dan kekasih agung, Rasulullah SAW.

Aku berada di sini dengan harapan yang aku sendiri tak pasti. Dengan keyakinan yang sebenarnya kau masih menyayangiku.

Allahuakbar!!!

Pembinaan persahabatan itu proses yang amat panjang, namun kau sendiri mengalah kini.

Kesakitan, keperitan, keberalahan; aku yang lebih merasainya kerana aku masih hormatkan dia sebagai orang yang kau sayang, kerana dia yang telah mengenalimu terlebih dahulu sebelum aku. Aku bukan berniat untuk mengungkit, tapi ingin kau lihat dan fahami dengan mata hati.

Aku kini nampak “tenang” di luar namun “kocakan di hati” hanya Allah yang mengerti kini.. Sampai bila aku ingin “berperang” dengan takdir Allah? Jangan sampai aku menidakkan takdirNya.

Adakah benar di sini akhirnya persahabatan kami?

Kenapa aku masih bertahan dan mencuba?

KERANA AKU YAKIN KASIH KITA ADALAH DARINYA.


No comments:

Post a Comment