Ahlan Wa Sahlan

Sunday, February 19, 2012

Updating...

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad..   
Sekian lama menyepikan diri daripada berblogging. Kenapa agaknya? Jujurnya ujian ukhuwwah dan perasaan yang melanda amat meyesakkan diri. Maafkan aku buat teman-teman kerana kalian pasti risaukan diriku dan ada masanya geram dan marah kepadaku. Mohon doa untuk aku terus bertahan dan “pulih” seperti sedia kala.  

Masuk ke rumah sewa baharu ternyata pengalaman baru yang menyeronokkan namun juga penuh cabaran. Seronok kerana dapat merasa nikmat ukhuwwah dan melakukan kerja secara berjemaah. Cabaran buat masa sekarang yang belum mempunyai pengangkutan sendiri, menguruskan kewangan, memimpin. Allahu..  

Tahniah buat sahabat baikku, Nur Hafieza bt Wahab kerana berjaya mendapat peluang belajar di IPG Darul Aman di Kedah dalam course Bimbingan dan Kaunseling. Alhamdulillah. Pastinya dia sedang menjalani orientasi pada waktu ini. Hee, kami sama-sama menjadi Walaupun nanti kami akan jarang berjumpa, namun aku tetap doakanJguru  moga dirinya tetap tabah di sana dalam perjuangan menuntut ilmu. Jaga diri, hiasi peribadi. Alhamdulillah, sahabatku Haryati telah melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya di Sabah pada 22 Januari lepas, juga tahniah kepada seniorku Akhie Abg Mohd Shukri dan tunangannya Ukhti Wardyawaty Rajikal yang juga melangsungkan perkahwinan di Sabah pada 10 Mac yang akan datang. Ehem, pandai simpan rahsia yeee :p Mabruk!! Moga perkahwinan kalian mendapat barakah, bahagia, dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah dan berkekalan hingga ke syurga. Amin ya rabbal alamin. Alhamdulillah, tahniah juga buat seniorku Ukhti Aishah Humairaa bt Abdullah untuk kandungan baby boynya yang pertama. Moga selamat melahirkan dan mendapat anak yang soleh, handsome dan berbakti untuk ibu bapa dan agamanya  daripada dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, menjadi suami/isteri, ayah/ibu, orang tua kemudiannya meninggal dunia.. 

Allahuakbar..  

Menerajui jawatan sebagai seorang pemimpin di sebuah institusi pengajian tinggi bukanlah satu tugas yang mudah. Kerana aku kini “berperang” dengan masalah perasaan yang aku sendiri tidak tahu bila penghujungnya tangisanku ini. Aku takut ini akan menjejaskan tumpuanku pada pelajaran, kepimpinan serta dakwah dan tarbiyah. Jawapannya adalah “YA”. Allahu!! Peganglah hati hambaMu ini. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Aku hambaMu yang hina dan sentiasa melakukan dosa. Maka ampunilah aku. Berikan aku jawapan yang pasti. Perit, sakit, kecewa, penat.  

Subhanallah... 
Alhamdulillah... 
Allahukabar...

No comments:

Post a Comment