Ahlan Wa Sahlan

Friday, April 15, 2011

Kunci 21

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran ku panjatkan kepada Allah SWT atas kasih sayang, kesihatan dan usia ini. Juga selawat dan buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW atas pengorbanan baginda memperjuangkan agama Allah ini, tanpa baginda mana mungkin dapat kita rasai nikmat IMAN dan ISLAM, nikmat terbesar buat manusia di muka bumi ini.

Agak lama blog ini tidak diupdate. Kekangan masa untuk menulis sesuatu yang ilmiah dan bermanfaat juga untuk memunuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin. Ternyata amat sibuk dengan urusan duniawi, moga apa yang aku buat ini dihitung sebagai salah satu ibadah yang mampu menambahkan saham-saham aku menuju syurgaNYA. InsyaALLAH, moga diberi ketetapan jiwa agar tidak hanyut dengan urusan duniawi. Aku berusaha sedayanya menjaga kualiti ibadah wajib juga mempertingkatkan amalan-amalan sunat untuk menampung kekurangan yang ada. Alhamdulillah, ternyata diberi kekuatan itu olehNYA mengharungi detik-detik sebagai siswi di kampus ini.

Pada mulanya, aku ingin katakan bahawa aku kini menginjak usia 21 tahun. Perubahan fasa yang baru pada 19 Mac yang lepas. Sewaktu kanak-kanak dan di alam persekolahan dahulu, aku tidak pernah terlepas untuk menyambutnya. Bagi aku pada ketika itu, sambutan ulang tahun kelahiran mesti ada kek dan menjemput rakan-rakan menyambutnya bersama. Namun kini, ia berbeza. Tiada lagi sambutan mahupun hadiah yang banyak dan mahal. Mungkin masih kekok, tapi aku mula memikirkan sesuatu. 

“Apakah yang aku mampu lakukan untuk baki umur yang masih bersisa ini?”

Penghargaan sepatutnya ku berikan kepada kedua ibu bapaku kerana atas ikatan perkahwinan mereka yang suci dan halal itulah lahirnya aku ke dunia ini. Mak yang telah mengandungkan aku, bertarung nyawa melahirkan. Bapa yang bekerja keras mencari rezeki. Bersama-sama membesarkan aku. Tanpa mereka siapa aku? 

“Ya Allah, kau lanjutkan usia kedua ibu  bapaku. Berikan kesihatan yang baik kepada mereka. Sentuhlah hati mereka, bukakanlah hati mereka untuk menerima petunjuk dan hidayahMU. Aku tidak pasti ya Allah adakah cukup bekalan amalanku untuk membantu mereka di hari perhitungan nanti. Ya Allah, ampunilah mereka ya Allah.”

Kehidupan sebagai seorang siswi di kampus memang mencabar. Saat tiba musim assignment ditambah lagi dengan pensyarah yang berkehendakkan portfolio pada masa yang sama., antara senario yang mungkin akan berlaku adalah: Ketegangan di antara ahli kumpulan, bingung memikirkan submission date  yang berdekatan, makan minum tidur mandi dan solat semuanya nak cepat. Astagfirullahalazim, moga aku tidak tergolong dalam golongan ini ya Allah, nauzubillahiminzalik. Moga aku dapat menyeimbangkan kerja duniawi dan tetap mengutamakan urusan ukhrawi. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih dapat menunaikan solat pada awal waktu, menunaikan puasa sunat, berjemaah di masjid dan menghadiri liqo. Semuanya berbalik kepada Allah yang memberikan kekuatan dan rasa istiqamah itu. Alhamdulillah, puji dan syukur selayaknya untukMU.

Apa yang dapat aku pelajari juga adalah cuba untuk BERTENANG WALAU APA YANG TERJADI. Itulah nasihat Along yang aku pegang dan latihkan sekarang. Aku akui bahawa aku seorang yang boleh dikatakan perfectionist dan dan amat mementingkan punctuality. Namun aku sedar bahawa tidak semua orang dapat mengikut kehendak kita walaupun apa yang kita kehendakkan dan sampaikan berniat baik dan demi menjaga kemaslahatan bersama. Aku belajar untuk menjadi FLEXIBLE. Wahai sahabat-sahabatku, maafkan aku andai pernah menyinggung perasaan kalian. Aku akui kekurangan diri dan moga akan sentiasa diperingatkan jika terlupa dan disedarkan bila terlalai.
Aku masih meneruskan perjuangan untuk assignment yang masih berbaki. Seterusnya mempersiapsiagakan diri secara mental, spiritual dan akal untuk ujian yang akan diambil. Mak, bapa, Along, sahabat-sahabat; restu dan doa kalian ku mohon dan perlukan untuk ketenangan menghadapi ujian nanti. 
"Ya Allah, pada umur yang berbaki ini, moga aku terus istiqamah dalam perjuangan melengkapkan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumiMU, tetap tenang menghadapi rencana perjalanan aturan olehMU, anak yang solehah, teman seperjuangan Along, sahabat yang baik, permudahkan aku ya Allah menimba ilmuMU yang amat luas, permudahkan aku untuk menghafal, menghafaz dan memahami kalam suciMU, juga untuk terus meraih cintaMU dan RasulMU". Amin ya rabbal alamin.
Wallahualam..
Wassalam wbt..





No comments:

Post a Comment