Ahlan Wa Sahlan

Friday, November 25, 2011

Teman..

Temanku,
Aku sentiasa merindukanmu..
Aku sentiasa menantimu..
Kau berjuang di sana, begitu juga aku di sini.
Namun perjuanganmu di sana lebih menuntut pengorbanan masa dan cinta..
Adakah aku di sini tidak mengerti pengorbanan yang menuntutmu di sana?
Maafkan aku..
Apabila aku tidak dapat menerima saat kau sentiasa harus memilih antara dia dan mereka..

Ya Allah,
Berikan kami kesempatan waktu untuk bersama
Berikan kami tautan hati yang terus utuh
Berikan kami kefahaman untuk berlapang dada dan saling menerima
Saling menyokong saat hampir rebah


Walau berjauhan, bertemunya kami
dalam setiap titipan doa mengingatiMu,
dalam setiap titisan airmata sewaktu qaulan tsaqila memanggil kami,
sewaktu bibir melafaz selawat kepada kekasih agungMu,

Walau tak terlihat secara zahirnya,
Aku dan kamu tetap bersama
Kerana kasihNYA bersama kita..

No comments:

Post a Comment