Ahlan Wa Sahlan

Friday, November 25, 2011

Tentang Aku~


Alhamdulillah, segala puji selayaknya pada Allah SWT. Selawat dan salam buat kekasih agung, Nabi Muhammad SAW.

Sekian lama blog ini bersawang kembali. Allahu, kekangan masa yang menuntut diri, juga dalam usaha memperbaiki diri untuk lebih berlapang dada. Moga Allah terus bagi kekuatan kepada diri dalam usaha memperbaiki kelompangan diri. Allahuakbar!!

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku di kampus sebelum bercuti ini antaranya adalah Majlis Makan Malam Perdana. Tugasku pada kali ini adalah untuk menyediakan teks ucapan pengarah dan melatih pengacara majlis. Akhirnya, aku dan Haziq (NYDP I) terpaksa take over untuk pengacara semi-formal di saat-saat akhir. Allahu, memang agak kelam-kabut untuk buat preparation. Pada malam tu juga aku dan Ismail (Exco Disiplin dan Kolej Kediaman) ditugaskan untuk menjemput pengarah dari rumah beliau menggunakan land cruiser institut. Wah, berangan lah sekejap jadi tetamu kehormat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Seterusnya exam untuk semester empat tahun kedua ijazah nie, ada 6 kertas semuanya. Fuh, it was really tough. Bayangkan untuk kertas Calculus, air mata aku memang mengalir sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan. Allahu, rasanya tak perlu aku ceritakan lebih panjang. Syukran jazilan buat Along dan sahabat-sahabat atas semangat dan doa yang tidak putus-putus buat diri ini. Terima kasih ya Allah atas nikmat kasih sayang ini. Along kata, the power of mind. Moga keputusan yang akan aku dapati nanti adalah yang terbaik dan setimpal dengan usaha yang telah aku letakkan dan juga atas berkat doa orang-orang yang tersayang. Moga keberkatan ilmu itu juga mampu aku perolehi. Pergantungan dan harapan selayaknya ku sandarkan pada khalikKu, moga beroleh keberkatan dalam usaha yang ku letakkan dalam jalan dakwah ini.

Firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat yang ke-7 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Alhamdulillah, kesyukuran juga ku panjatkan kerana masih diberikan kepercayaan untuk terus berada dalam tampuk kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk Sesi 11/12. Namun masih ada persoalan pada diri, mampukah aku sebagai “wanita” menerajui kepimpinan pada kali ini? Aku bukanlah pemimpin yang hebat, masih punya kelemahan yang banyak. Tugas sebagai seorang pemimpin amat berat. Semestinya di akhirat nanti setiap daripada kita akan disoal tentang adakah terlaksana amanah sebagai seorang pempimpin itu? Moga Allah SWT berikan aku petunjuk untuk aku membuat pilihan yang terbaik.

Perubahan dalam “bulatan ceria” merupakan antara satu proses yang akan sentiasa dialami dalam membentuk halaqah yang lebih dinamik. Ini juga membolehkan aku berkenalan dengan lebih ramai sahabat-sahabat baru yang turut berjuang di jalanNya. Syukran jazilan to my former naqibah, Ukhti Suhaila dan Ukhti Adilah. Moga kita akan terus bersama dalam usaha dakwah dan tarbiyah di Miri khususnya dan di Sarawak amnya. InsyaAllah..

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat yang ke-13 yang bermaksud:
Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.

My Usrati :)
My Usrati with Kak Suhaila :)
My Usrati with Kak Adilah :)
Ucapan terima kasih juga aku tujukan buat kakak-kakak dan abang-abang di semester 8 atas segala tunjuk ajar dan bimbingan baik dalam aspek kepimpinan dan tarbiyah. Moga kalian menjadi pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat. Moga ukhuwwah yang terjalin kekal selamanya. Ya Allah, lindungilah, kasihanilah dan sayangilah mereka yang telah membawa aku mengenal jalanMu ini.
Cuti yang ada kali ini, aku cuba manfaatkan sebaik yang mungkin. Alhamdulillah, pada perjumpaan yang lepas, dengan izin Allah SWT, aku berjaya mengumpulkan seramai 10 orang remaja perempuan di sekitar tempat aku. Selepas sesi ta’aruf dan meminta mereka membuat perancangan pada masa cuti ini, aku berhajat untuk mengatur study group dan bimbingan buat mereka yang akan bertempat di Pejabat HIKMAH Cawangan Sri Aman. Aku juga telah meminta bantuan beberapa orang junior untuk turut membantu. Moga Allah SWT bukakan hati mereka dalam membantu adik-adik ini. Selain itu aku juga akan mengikuti Kembara Hijrah 1433H yang bertempat di Mukah yang akan bermula 1-10 Disember nanti dan akan disusuli Himpunan Mahasiswa Sarawak (HAMAS II) pada 11-12 Disember di Pejabat IKRAM Cawangan Kuching dan akhir sekali selaku ketua penyeleras Kursus Intensif Islam (INTI I) pada 17-18 Disember 2011 yang akan diadakan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman. Moga disampaikan umur dan hajatku untuk mengikuti dan melaksanakan program-program tersebut. Niatku hanya ku sandarkan padamu ya Allah, maka berikanlah aku kekuatan, kesihatan dan ilhamMu. Aku amat suka dengan kata-kata ini,

“Allah, Tuhanku akan selalu memberiku sesuai dengan niatku. Hingga tatkala ku dapati kesalahan dalam sesuatu, ku tahu ada yang salah pula dalam niatku.”

Dan Along juga sering berpesan,

“Inn, jika kita sandarkan dan letakkan pada kekuatan kita, pasti kita tidak mampu. Namun jika kita sandarkan pada Allah, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan”.

Peringatan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian, kejayaan dalam dakwah bukanlah diukur dengan banyaknya pelaksanaan program-program, namun perubahan yang mampu mendekatkan diri dan adik-adik program dalam mengingati dan menambahkan kecintaan kepada Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan hubungan kepada sesama manusia. Perubahan itu merupakan satu proses yang amat panjang. Namun ruang untuk berubah itu tidak pernah untuk disempitkan.
Allahukabar!! Allahukabar!! Allahukabar!!
Allahumma solli ala sayyidana muhammad!!


No comments:

Post a Comment