Ahlan Wa Sahlan

Wednesday, February 2, 2011

Sungguh Aku RINDU


Sungguh aku rindu
Ingin bersua denganmu;
Ingin mengenggam tanganmu;
Ingin ku hayati bicara hikmah dan semangat darimu;
Ingin ku lihat renungan kasih dan rindu yang paling dalam;
Ingin selalu dalam hangat pelukanmu.
Bersaksi cinta atas cinta seorang teman,
Takku mampu usir rindu dan kasih dari relung hati ini,
Setiap tasbih rindu ada namamu,
Bantu aku Ya Robb untuk terus mengasihinya,
Walau ku sedar kasihnya banyak yang menginginkan,
Berikan kami kekuatan untuk terus mengasihi keranaMu,
Terus mengenggam tangan bersama menyelusuri kerikil tajam di pasiran pantai mulus kasih kekasihnya,
Aku tak ingin yang lain terluka,
Biarku tanggung luka-luka itu dalam sepi senyuman ini,
Moga nanti di penghujung waktu,
Aku dan dia bersama selamanya,
Sungguh aku rindu..

·         Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahuanhu pembantu Rasulullah SAW, dari Nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya” (HR. Bukhari dan Muslim)
·         Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Ukhuwwah itu indahnya apabila saling mengasihi kerana Allah SWT. Saling mendoakan dengan hati yang penuh kekhusyukan dan kesyukuran kerana ilham kasihNYA yang diterjemahkan dalam seorang SAHABAT. Mencuba memahami dalam mencari titik persamaan. Saling mengingatkan apabila terlupa. Saling menyedarkan apabila terlalai. Bersama tatkala susah dan senang. Mengusap air mata dengan tangan mulusnya. Hati dan matanya bersinar melihat kegembiraan dan kejayaan sahabat di hadapannya. Dalam dakapan zikirnya sungguh menenangkan. Itulah sahabatku, kakakku, temanku, pendamping diriku, Along.

No comments:

Post a Comment