Ahlan Wa Sahlan

Tuesday, March 8, 2011

Kembara Cinta


Saat aku berteman, ada yang menggapai tanganku
Kemas dan hangat genggamannya.
Mesra senyumannya, dalam renungannya, seakan ingin berbicara padaku.
Kami ketawa, kami menangis, kami merindui..
Terkadang aku berseorangan,
Tangannya yang satu lagi harus membimbing tangan dan langkah umat Muhammad yang lain,
Semuanya demi syafaat kekasih agung itu nanti,
Itulah kasih yang selayaknya didambakan.
Aku akan terus memberi, akan terus menyayangi, akan terus mencintai,
Setiap rindu dan airmata yang mengalir moga hendaknya kerana kasih kami keranaMU,
Andai rindu ini mengulit resah, kepadaMU aku pasrah,
Andai pencarian ini belum pasti kesudahnnya, kepadaMU ku sandarkan harapan,
Izinkan kami untuk terus mengenggam erat tangan bersama,
Kembara cinta ini mengajar kami erti merelakan,
Kembara cinta ini mengajar kami erti perkongsian,
Kerana akhir kembara cinta ini mengharap redhaNYA,
CintaMU ya Rahman, destinasi cinta yang tiada sesalan..

Nukilan: 
Permata Qaseh Ashwaq 
8 Mac 2011/1748

No comments:

Post a Comment