Ahlan Wa Sahlan

Monday, March 7, 2011

Coretan Perjalanan ke Brunei Darussalam


Assalammualaikum wbt dan salam kasih sayang. Akhirnya diberi kesempatan waktu untuk menulis di blog ini setelah kekangan masa dan tanggungjawab yang tidak putus-putus. Pada 25-27 Februari yang lalu, aku telah berkesempatan melawat ke negara Brunei Darussalam untuk Lawatan dan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara Pasukan I-Team Brunei Darussalam dan IPG Kampus Sarawak Miri.

25 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
2.00 petang : Berkumpul di hadapan blok pentadbiran. Rombongan seramai 31 orang, terdiri daripada 10 orang exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan 21 orang pemain bola sepak/futsal. Juga diiringi seramai 5 orang pensyarah pengiring. Hanya 5 puteri bertuah ikut serta dalam rombongan ini ^-^. Sebelum bertolak, kami mendengar amanat dan kata-kata semangat daripada Encik Mohamad bin Haji Tangah, Ketua Unit Khidmat Pengurusan (KUKP), IPGKS. Dikhabarkan setiap sms yang dihantar dikenakan charge sebanyak RM2 dan setiap panggilan yang dibuat, sama ada pemanggil atau penerima panggilan, masing-masing akan dikenakan charge sebanyak RM0.60 bagi setiap minit. Apa lagi, sahabat-sahabat yang lain menggunakan ruang waktu yang ada untuk menelefon dan bersms dengan ahli keluarga dan orang tersayang. Ehem2..

3.00 petang : Perjalanan ke Brunei bermula. Agak excited kerana setelah tahun 1999 (iaitu apabila mengikuti Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak), aku menjejakkan lagi ke negara  ini. Mesti banyak perubahan dan pembangunan yang berlaku. Berikut aku gambarkan bagaimana perjalanan ke sana:
- Rombongan berhenti di Department of Immigration and National Registration Brunei Darussalam iaitu di Tol Sungai Tujuh untuk mengisi borang dan pemeriksaan pasport. Untuk pengetahuan, kami telah membuat grouping passport  (seramai 20 orang untuk satu pasport yang bernilai RM200). Kami hampir menunggu selama 40 minit sebelum dapat meneruskan perjalanan.
Brunei Darussalam, here I come!

Tol Sungai Tujuh

Ahlan Wa Sahlan to Brunei Darussalam

Sibuk mengisi borang



Cheeseee!!
- Perjalanan yang menarik dan mendamaikan bagi aku, kerana pemandangan di kiri dan kanan jalan yang berkonsepkan kampung. Antara yang menarik adalah setiap rumah tak mengira rumah batu atau kayu, rumah bangsa Melayu Brunei atau Cina, semuanya mempunyai bendera negara Brunei. Kenyataan awal yang dapat aku katakan adalah rakyat di negara ini mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Juga tanda nama pada setiap kedai akan mempunyai tulisan Jawi selain tulisan Rumi. Tiada premis yang dibenarkan beroperasi jika tidak mempunyai tanda nama bertulisan Jawi, itulah seperti yang diberitahukan kepadaku oleh salah seorang sahabatku dari Limbang.

7.00 petang : Rombongan I-Team dari negara Brunei telah menunggu kami di salah satu tempat rehat untuk menunjukkan jalan ke Stadium Tertutup bagi perlawanan futsal. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam, telah mengambil masa hampir 4 jam ekoran jalan yang sesak dan terpaksa menunggu lama di Tol Sungai Tujuh. Kami menikmati sandwich dan teh tarik panas sewaktu perjalanan ke stadium. Memang perut agak berkeroncong pada waktu itu. Diharapkan pemain-pemain IPGKS dapat beraksi dengan baik untuk perlawanan futsal nanti. Sepanjang perjalanan, memang amat kagum dengan struktur bangunan yang berdiri megah ditambah pula rekaan Islamik. Alhamdulillah, aku berada di sebuah negara Islam.

7.30 petang: Tiba di Stadium Tertutup. Terexcited  sekali lagi bila berada di dalamnya, membayangkan berada dalam High School Musical. Moga di IPGKS nanti mampu memiliki stadium tertutup seperti ini. Perlawanan futsal berkeputusan berpihak kepada pasukan I-Team. Sesi warm-up,  harapnya, pasukan IPG dapat menebus kekalahan malam esok. Kami kemudiannya menikmati makan malam. Uncle-uncle dari I-Team asyik mengatakan, order  saja makanan, jangan malu-malu. Order?? Aku dan sahabat-sahabat perempuan lain tidak memahami maksud  uncle tersebut, namun setelah keluar dari stadium, telah ada lori kecil yang mempunyai pilihan makanan dan minuman. Kami cuma perlu pilih nak minum air apa, nak makan mee sizzling @ nasi ayam. Wah, memang style lah. Hehehe.. 
Peaceee!!

Bersama hero2 yg nakal

Menunggu dirimu ^-^

Team IPGKS

Nyam2..

10.45 malam : Kami begerak ke Pusat Belia yang menjadi pusat penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam. Dikhabarkan bayaran bagi seorang untuk satu malam adalah $10, tempat penginapan yang murah di sini. Ingatkan nak berehat awal, tapi aku kemudiannya menemankan sahabatku ke kedai kerana terlupa membawa berus gigi. Hehehe, dapatlah juga melihat pusat bandar pada waktu malam. Tiada kelab malam dan alcohol didapati di negara ini.

12.30 malam : Setelah membersihkan diri dan solat jamak takhir, aku pun beradu. Recharge back my energy because tomorrow will be a long day to go. Selamat malam Brunei

26 FEBRUARI 2011 (SABTU)
5.30 pagi : Bangun seawal pagi untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah, aku punya ruang waktu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dan memperbaiki kelompangan diri yang ada. Membersihkan diri dan kemudiannya bersiap untuk sesi lawatan pada hari ini.
Selamat pagi Brunei~

Breaskfast

Keluaran khas~

Tempat penginapan peserta dari IPGKS

9.00 pagi : Tempat lawatan pertama adalah ke Radio Televisyen Brunei. Kami juga telah ditemani oleh pasukan I-Team sebagai tourist guide rombongan kami. Sebenarnya dahulu, aku juga berminat dalam bidang penyiaran selain daripada bidang guaman (^^,) Namun aku yakin, bidang keguruan ini adalah yang terbaik buat diriku. (SAYA BANGGA MENJADI GURU!!) Kami terlebih dahulu dibawa ke konti radio. Aku sendiri berpeluang untuk melihat bagaimana seorang deejay  radio bertugas, juga kelengkapan-kelengkapan yang canggih dan terkini dalam menyusun atur lagu, iklan dan berita. Sewaktu berjalan, aku berasa hairan dan tertanya, mengapa lantai di sini dilapisi kayu instead of  simen? Alasannya adalah bagi membolehkan kabel-kabel disusun atur merentasi konti-konti radio, juga memudahkan penyelenggaraan dan membaik pulih kerosakkan. Memang strategi yang bijak. Kemudiannya kami dibawa melawat ke Bilik Editor, di mana berita-berita dari dalam dan luar negara diedit oleh editor-editor yang berpengalaman lagi cekap. Apa yang membuatkan aku kagum adalah, kamus menjadi teman setia bagi setiap editor di sini. Sampai tertanggal kulit kamus dari isinya, kiranya menunjukkan betapa mereka menggunakan kamus sebagai rujukan dengan sebaiknya. Persoalan kepada diri, berapa peratuskah tabiat sebegini di kalangan rakyat Malaysia? Destinasi terakhir adalah Bilik Berita. Dapat jugalah merasa bagaimana menjadi pembaca berita. Rupa-rupanya pembaca berita ini mempunyai monitor khas di hadapan mereka untuk membolehkan mereka membaca berita. Selama ini mungkin ada yang beranggapan bahawa pembaca berita ini menghafal teks berita tersebut. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami dijamu dengan jamuan ringan, juga diberikan cenderamata tanda kenangan. Terima kasih RTB!
Welcome to RTB



Duduk sekejap di kerusi deejay pun jadilah, hehehe..

Pusat Berita RTB

Baik punyerr~

Aku ingin terbang jumpa chenta hatiku~

Roll camera, ACTION!

Ole2 dari RTB

10.50 pagi : Lawatan diteruskan ke Bangunan Alat Kebesaran Diraja. Para pelawat tidak dibenarkan menggunakan kasut dan hendaklah diletakkan di rak di bahagian luar bangunan, juga tidak dibenarkan membawa beg, telefon bimbit atau kamera ke dalam bangunan ini dan barang-barang ini boleh diletakkan di dalam loker berkunci di bahagian dalam bangunan. Tiada perkataan yang dapat aku lafazkan kerana kekaguman dengan kelengkapan adat istiadat yang bersalutkan emas, alat-alat pertabalan, sejarah kehidupan Sultan Brunei sejak kecil, juga pameran hadiah/cenderamata daripada negara-negara luar mahupun rakyat negara sendiri kepada Sultan Brunei. Sempat jugalah membeli sedikit ole-ole buat sahabat-sahabat dan orang tersayang. Harganya? Biarlah rahsia.

Jadi model x bbyar sekejap, hikhik~


Ingat siapa tu??

Eh2, senget pula~


12.25 tengah hari : Rombongan kemudiannya bergerak ke PGS Corner. Mamam tyme! Paling sedap adalah tom yam dan bubur keladinya. Wah!!


1.50 petang : Bergerak balik ke Pusat Belia untuk berehat seketika juga untuk solat jamak taqdim.

2.30 petang : Lawatan pada hari kedua diteruskan ke Pejabat Mufti Negara Brunei Darussalam. Setelah mendengar taklimat, kami dijamu makan sekali lagi. Memang rakyat Brunei suka menjamu tetamu =) Terdapat 3 bahagian utama di dalam Pejabat Mufti ini, namun pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang lawatan. Bahagian pertama iaitu Galeri Mushaf: Daripada sebesar-besar mushaf sehingga sekecil-kecil mushaf dengan pelbagai tulisan seperti nasakh, kufi, thuluth, parsi, jawi dan pelbagai lagi. Paling menarik adalah mushaf yang berbentuk daun yang lebih kecil dari tapak tangan. Bahagian kedua adalah Balai Pameran Tongkat dan Tasbih iaitu koleksi peribadi Ke Bawah Duli baginda Sultan Brunei. Koleksi-koleksi ini pernah digunakan oleh baginda Sultan yang setiap tahun koleksinya akan bertambah. Balai terakhir adalah Balai Pameran Manuskrip yang terdiri daripada pelbagai bahasa sama ada bahasa Arab, Urdu, Parsi dan pelbagai lagi. Manuskrip tertua di dunia yang dipamerkan adalah pada 1055H. Gambar-gambar dan petikan perutusan baginda Sultan Brunei sewaktu pelbagai program keagamaan Islam turut dipamerkan di balai ini. Petikan perutusan yang menarik perhatian aku adalah, “Kepimpinan Raja Mendaulatkan Islam”. Teringat kembali kegemilangan kepimpinan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW yang kemudiannya diteruskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin. Juga yang menarik bagi aku adalah Pameran Kain Kiswah (kain penutup Kaabah) hadiah daripada Raja Arab Saudi kepada Sultan Brunei yang mempunyai kaligrafi tulisan thuluth warna keemasan dan keperakkan.



4.30 petang : Aku dibawa menemani pensyarahku, Cik Sia bersama salah seorang penaja I-Team ke Tol Kuala Belait untuk mengambil seorang lagi pensyarah yang lambat sampai ekoran tugasan yang harus diselesaikan di Miri sebelum itu. Bestlah juga pengalaman pertama kali dapat menaiki Mercedes. Pelbagai perkara yang diborakkan sepanjang perjalanan tersebut. Juga yang menarik apabila seekor burung kenyalang melintasi kereta kami sewaktu perjalanan tersebut!

7.00 petang : Kami terus bergerak ke Padang Kebajikan kerana perlawanan persahabatan dijadualkan bermula pada pukul 7.15 petang. Hehe, aku dan Cik Sia tetap bersemangat menyokong pasukan IPGKS walaupun berbaju formal. IPG caiyokkk!! Keputusan perlawanan berkesudahan 3-1 iaitu kemenangan berpihak kepada pasukan I-Team. Tahniah buat kedua-dua pasukan!

10.30 malam : Bergerak ke Pusat Belia untuk makan malam sambil dihiburkan dengan live band. Hiburan seperti ini dibolehkan dengan mendapat permit daripada pihak polis dan hendaklah berhenti pada pukul 12 tengah malam.

12.00 tengah malam : Balik ke bilik dan membersihkan diri. What a long day, namun aku gembira.

27 FEBRUARI 2011 (AHAD)
8.30 pagi : Hari terakhir di negara Brunei. Setelah bersarapan, kami dibawa melawat di sekitar pusat bandar dengan berjalan kaki. Aku merasakan seolah-olah berada dalam 3 gabungan tempat iaitu Kuala Lumpur, Bali dan Singapura. Keadaan jalannya kecil, dan pemandu-pemandu pasti memberikan laluan kepada pejalan kaki. Maknanya tak perlu pun nak menekan butang isyarat pejalan kaki sebagaimana di Malaysia (^^,) Pengangkutan awamnya pun agak menarik. Di Makam Raja Ayang, diceritakan adik-beradik diraja pada zaman dahulu kala dijatuhkan hukuman dan telah dibina kediaman bawah tanah yang dibuat serombong asap, jika masih berasap, maka masih hiduplah adik-beradik tersebut. Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei yang ke-27 , pelbagai acara rakyat, sukaneka, dan pameran yang diadakan. Paling menariknya, hadiah saguhati yang ditawarkan di sini adalah sebuah basikal! Apatah lagi hadiah untuk tempat teratas. Sewaktu pameran autoshow, sempat juga bergambar di dengan motosikal Harley Davidson. Aku sememangnya sudah lama menginginkan sebuah big bike. InsyaAllah, ada rezeki lebih, ingin aku miliki sebuah.
Kemudiannya meneruskan langkah kaki ke Masjid Omar Ali Saifuddien. Kubahnya disaluti emas, sewaktu melangkah masuk, aku seolah-olah berada di Taj Mahal. Pelancong luar negara juga banyak membuat kunjungan pada waktu tersebut. Bagi pengunjung yang bukan beragama Islam, mereka dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid namun hendaklah menggunkan laluan karpet yang disediakan. Tidak dibenarkan mengambil gambar juga di dalam masjid. Dikhabarkan masjid-masjid di Brunei semuanya beraircond. Baginda Sultan Brunei akan menunaikan solat Jumaat di semua masjid di Brunei, mengikut giliran yang ditetapkan. Subhanallah, memang cantik hiasan dan ukiran di dalam masjid dengan ukiran bersalutkan emas dan kristal. Pada kubahnya, tertulis petikan surah Al-Baqarah yang diukir menggunakan emas 24K. Memang pada mulanya aku kagum, namun setelah duduk sejenak, aku dapat rasakan kehambaran masjid ini. Entah kenapa, memang indah pada jasadnya namun hambar secara rohnya.
Kami terus pergi ke pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Yayasan. Lebih kurang setengah jam di sana, kami dibawa ke waterfront  untuk melihat Kampung Air. Dapat juga melihat Istana Nurul Iman dari jauh. Cuaca di sini agak panas, fuhh. Di Malaysia, SCR dikenali sebagai Singapore Chicken Rice, namun di Brunei, dikenali sebagai Singa Chicken Rice (^^,). Hanya sebuah Tokong Cina dan gereja yang didapati di Brunei.
Kami kemudiannya bergerak balik ke Pusat Belia untuk menikmati makan tengah hari buat kali terakhir bersama pasukan I-Team. Seterusnya, bersiap untuk balik ke Miri. 

Antara pengangkutan awam di Brunei

Jalan raya di Brunei


Makam Raja Ayang


Hehe, Harley Davidson (pinjam kejap ek..)


Subhanallah!!

Macam di Taj Mahal jer..

Ahlan wa sahlan ^-^

Together2 with Uncle Jay

Sempat lagi tuu..

Ada orang sudi belikan tak untuk saya??


Posing ramai2

Ehem2..




2.30 petang : Bergerak balik ke Miri.

5.00 petang : Sampai di IPGKS

Catatan:
Sesungguhnya lawatan ke Brunei adalah satu pengalaman yang membuka minda dan jiwa. Sememangnya sebuah negara Islam yang kaya dan ramah penduduknya. Namun moga hendaknya ruh Islam itu mampu lebih terserlah. Moga kita sebagai umat Islam terus berusaha dalam menerajui gerakan pembaharuan (tajdid) dengan melaksanakan Islam yang syumul dengan segala kesederhanaan dan pandangan yang mendalam. Setakat ini dahulu coretan pengalaman di negara Brunei. Penulisanku ini masih lagi punya kekurangan, namun aku akan terus berusaha agar penulisanku ini mampu menjadi wadah dalam menyebarkan ISLAM.
Wallahualam, wassalam wbt.

2 comments:

  1. ada pergi tengok istana sama keretanya sultan brunei?

    ReplyDelete
  2. Apa yang tak terserlahnya akan ruh Islam di Brunei??

    ReplyDelete