Ahlan Wa Sahlan

Monday, March 14, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa


Assalammualaikum wbt & salam kasih sayang.. Selawat dan salam buat kekasih yang dirindui, Rasulullah SAW. Apa khabar iman kita? Adakah hati dibelenggu resah? Jika rasa lapar, kita makan; jika kredit habis, kita reload lagi. Begitu juga iman kita, harus sentiasa di top-up kerana saban hari pelbagai mehnah kehidupan dilalui. Namun ingatlah, segala dugaan itu tanda kasih Allah SWT kepada hambaNYA ^-^

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat ke-2 yang bermaksud:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan beriman hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?

Alhamdulillah, pada 7-11 Mac 2011, aku telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Abang Aing Sri Aman. Tempat pendidikan awal yang telah mengetengahkan bakat aku dalam bidang public speaking. PBS antara salah satu daripada 3 kompenen penting dalam Amalan Profesional yang mendedahkan guru pelatih kepada kerja lapangan keguruan. Memandangkan cuti yang akan tiba, aku telah memilih sekolah ini agar dapat menghabiskan masa yang lebih bersama keluarga. Tambahan untuk praktikum pada tahun hadapan, guru-guru pelatih akan ditempatkan di sekitar Miri sahaja.

Kenangan mengusik jiwa bermula apabila mak bangunkan aku, “Inn bngn, kau nk g sklh ya. Lmbt kelak”. Mak “ngerepak” bila adik lambat bangun. Mula-mula rasa bingit kerana aku memang tak suka orang membebel pada awal pagi, tapi kemudiannya senyum seorang. Itulah mak. Setelah menyiapkan diri, breakfast telah tersedia. Di kampus, kena buat sendiri lah kan? Kemudiannya bapa hantar pergi ke sekolah. Cium tangan mak dan bapa. 

Pada hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah lama, aku berasa segan dengan guru-guru sekolah lama. Aku sendiri tidak menjangka akan berkecimpung dalam bidang keguruan ini. Ternyata mereka amat senang dengan kehadiran aku di sekolah itu. Pelbagai soalan menerjah, antaranya:
1.      “Awk duhal azreen, ckg ingt sapalah tek. Dah besar dah awak. Kmk org toklh yg makin tua.”
2.      “Knklh awk makin gelap.” (Dulu aku boleh dikategorikan berkulit cerah, heee..)
3.      “Ambk course apa d cnun?”
4.      “Gk lmk kh bljr”
Aku melayan semua soalan mereka. Sememangnya muncul garis-garis usia pada wajah mereka, namun semangat mereka dalam mendidik tak pernah berkurangan.

“Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan guru-guruku. Sentuhilah hati mereka untuk terus menerima hidayah dan petunjukmu. Lanjutkan usia mereka, berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan akhirat. Moga mereka dalam pandangan rahmatMU”. Amin ya Robb.

Alhamdulillah, aku juga diberi kepercayaan untuk membuat teks Pidato Piala diRaja untuk murid yang bakal bertanding selepas cuti. Juga akan melatih mereka dalam tempoh cuti ini. Aku cuba berkongsi dan menolong apa yang termampu untuk anak-anak ini. Moga anak-anak ini petah berhujah dalam mencari ilmu yang bermanfaat.

Apa yang aku dapatkan simpulkan tentang latar belakang anak-anak di sekolah ini adalah hampir 70% dari keluarga yang susah dan menampung hidup sebagai buruh dan petani. Mereka ini jugalah yang sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Aku terfikir, “kenapa budak-budak ini bermasalah, sedangkan mereka tahu kehidupan mereka susah?” Banyak potensi yang ada pada mereka ini, mereka ini sebenarnya perlukan pendekatan, kasih sayang dan perhatian. Tapi siapa yang mampu untuk terus bersabar dalam mendekati mereka?? Adakah di sekolah sahaja mereka dididikkan, tapi bagaimana di luar?? Aku terdetik dan berfikir sendiri, aku punya tanggungjawab besar di sini. Unfinished business. Aku ingin melihat anak-anak di Sri Aman ini mempunyai masa depan yang terjamin dan indah akhlaknya. Alangkah baiknya andai aku punya wang yang banyak, supaya aku dapat membuat program untuk anak-anak di Sri Aman tanpa perlu terlalu bergantung dengan pihak-pihak tertentu yang punyai banyak alasan dan prosedur yang tidak masuk dek akal jika ingin mohon peruntukan. Kenapa aku mengatakan sebegini, kerana aku telah mengalaminya sewaktu ingin membuat program sedikit masa dahulu. Tapi tak mengapa, aku akan bermula dari sedikit dahulu; tetapkan target group, get to know them, know their problems/strength/weakness, make a reliable/realistic/academic/hands-on program. Dengan adanya khidmat nasihat, modul-modul terancang juga bantuan tenaga daripada pihak yang memahami perencanaan hala tuju remaja di Sarawak ini, pasti akan lahir tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan yang hebat yang seterusnya melahirkan kepimpinan Islam. Aku akan menyumbangkan sedayanya dari segala aspek kehidupan aku dalam membantu anak-anak di Sri Aman. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan pada jalanMU ini, juga dalam menyentuh hati-hati mereka yang ingin kembali kepada fitrah Islam.

Aku juga berkesempatan melawat kelas anak-anak pendidikan khas di sekolah ini. Aku teringin benar melihat anak-anak istimewa ini. Sebak rasa di hati menerpa bila melawat mereka. Begitu luhur wajah dan hati mereka. Bagi yang terencat akal teruk, mereka ini hanya dapat dibentuk dari segi tingkah laku sahaja. Manakal bagi yang syndrome down, mereka ini dapat dibentuk dari segi tingkah laku dan sedikit keupayaan akal. Anak-anak istimewa ini apa yang aku dapat puji adalah memang mendengar arahan. Guru yang mengajar mereka ini semestinya mendidik dengan lebih kasih sayang dan kesabaran dek perangai mereka yang berbeza dan tidak mengerti apa-apa. Apatah lagi bagi ibu bapa anak-anak istimewa ini. Pastinya mereka inginkan anak yang normal dan sihat. Tapi begitulah perancangan Allah SWT, ada perencanaan terbaik di sebaliknya. Aku terfikir nasib mereka bila tiada punya ibu bapa lagi di dunia ini, siapa yang akan menjaga mereka?? Terbelakah mereka?? Atau menjadi cacian, buli oleh mereka yang tidak punya sifat belas ihsan terhadap sesama insan?? Ya Allah, moga anak-anak istimewa ini berada dalam lindunganMU selalu. Antara keinginan aku adalah untuk belajar bahasa isyarat agar aku dapat berkomunikasi dengan golongan istimewa ini. Apa yang buatkan aku bergenangan airmata adalah sewaktu memberikan coklat kepada mereka, mereka menyambutnya dengan tangan kanan dan mengucapkan terima kasih, mereka juga gembira apabila aku ingin mengambil gambar mereka, juga bersalaman dan mengucapkan bye2 cikgu sewaktu aku melangkah keluar dari kelas. Hatiku berkata, “Engkau beruntung anak-anak istimewa kerana kamu semua adalah penghuni syurga. Engkau sangat beruntung kerana tidak akan dihisab di akhirat kelak.”

Begitulah antara coretan peristiwa sepanjang aku menjalani PBS. Moga perjalanan pengalaman akal dan jiwa ini mampu “membesarkan jiwa pendidik” aku. Moga liku dan bonjolan perjalanan itu tidak akan memadamkan semangatku untuk menjadi daie yang terbaik. Moga usaha ini akan mendekatkan diriku dengan qudwatun hasanah, untuk beroleh syafaatnya di akhirat kelak. Sehebat manapun ujian tuhanMU, itu tanda DIA kasih padamu. Ya Allah, hadirkan pada diriku rukyah shadiqahMU (penglihatan hati yang benar) agar aku tidak tertipu dengan bujuk rayu syaitan yang durjana. Kepada mak, bapa, along, sahabat-sahabat, moga kita akan terus bersama dan saling menyokong di jalan Allah ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut:69)

Wallahualam, wassalam wbt..

1 comment: