Ahlan Wa Sahlan

Monday, February 7, 2011

Aku

Ku mulakan rentetan rasa kali ini dengan lafaz mulia Assalammualaikum wbt & salam mahabbah. Selawat dan salam ke atas junjugan mulia Nabi Muhammad SAW pemberi syafaat di hari akhir nanti.
Cuti Tahun Baru Cina telah melabuhkan tirainya. Bagi diriku, cuti pada kali ini sememangnya satu perjalanan diri yang penuh dengan emosi, kesedaran dan semangat baru. Pada mulanya memang aku tidak bercadang untuk balik ke rumah, namun pada petang Selasa, jiwaku meronta-ronta ingin balik. Ku gagahkn jua meskipun keadaan kewangan yang agak “gawat” ketika itu. Cutiku juga telah diperuntukkan di kampung halaman mak di Betong. Peluang ini ku gunakan untuk merapatkan silaturahim di kalangan ahli-ahli keluargaku yang hanya berkesempatan berjumpa sewaktu musim cuti. Perjalanan balik ke Miri agak menakutkan tapi dalam pada masa yang sama membahagiakan. Pasti bingung bukan? Hehehe, biarlah part ini ku simpan untuk diriku dan Along (^^,)
Bahagian di atas hanyalah sekadar mukadimah. Kalau sudi, jum bersama aku telusuri pengalaman dan perkongsian aku terhadap apa yang telah aku lalui.

Situasi 1:
Cerita di dalam bas pula adalah apabila pemuda yang duduk di sebelahku pulang ke Sri Aman kerana ingin menziarahi bapanya yang dimasukkan ke dalam hospital. “Alhamdulillah,” bisik hati kecilku. 

Situasi 2:
Aku mendapat tempat duduk kedua daripada belakang, betul-betul di atas roda bas. Wah, memang kuatlah “gegarannya” tiap kali melalui jalan yang tidak rata dan berlubang. Apatah lagi bagi gerangan yang mendapat tempat duduk di belakang sekali. Inilah yang membuatkan aku agak syahdu. Penumpang yang duduk di belakangku adalah pasangan suami isteri yang berusia lingkungan 60an. Tiap kali melalui jalan yang tidak rata dan berlubang, memang terdengar keluhan mereka. Aku amat bersimpati dengan mereka, tapi apakn dayaku. Kemudiannya terlintas di fikiranku, kalaulah ada perkhidmatan bas yang mengutamakan keperluan warga emas/golongan kurang upaya/ibu-ibu mengandung alangkah baiknya. Aku pernah berkongsi dengan seorang sahabat bahawa aku pernah bercita-cita ingin membuka Perkhidmatan Bas Islamik. Nak tahu apa ciri-cirinya? Tunggu pada entri khas perusahaan bas islamikku ini (^^,)
Bapa/abi/daddy/walid/apai atau mak/ummi/mummy/ibu/indai dan pelbagai lagi kata sapaan lain, tapi tetap merujuk kepada orang yang sama. Bapa bukan hanya orang yang berhempas pulas berjuang memelihara dan menjaga kebajikan isteri dan anak-anak, namun bapa lah qudwah (teladan atau role model) buat seluruh ahli keluarganya dalam mengharungi kehidupan yang penuh fatamorgana ini. Ibu mengasuh dengan penuh kasih sayang, menyediakan makan minum dan pakai, berjaga malam apabila anak-anaknya sakit. Sejuta kesyukuran jika kita masih punya mak dan bapa, namun bagi ibu bapa yang telah tiada, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin yarabbal alamin.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Persoalan kepada diri, “Adakah kita sentiasa atau pernah mendoakan kedua ibu bapa kita?” atau “Hingga saat ini kita masih tidak bertegur sapa dengan mereka?” atau kita sentiasa bercakap kasar dengan mereka? Nauzubillahiminzalik. Moga kita bukan tergolong dalam golongan yang menderhaka kepada ibu bapa kerana ia termasuk dalam kategori berdosa besar.

Antara dalil dan nas yang boleh dijadikan peringatan bersama yang menunjukkan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa:
Firman Allah SWT:
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ”  (Al-Ankabut ayat 8)

Sabda Nabi SAW:
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ”
[Hadis riwayat Bukhari]

Perjalananku balik ke Miri (6 Februari 2011)menggunakan pengangkutan udara, hehehe belon dalam bahasa Sarawak. Subhanallah!! Itu sahaja mampu ku katakn. Betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT. Sepanjang perjalanan aku menginsafi dan muhasabah diri. Betapa berkuasanya Allah SWT menciptakan langit tanpa tiang, menerbitkan mentari dari ufuk timur, gumpalan awan gemawan, gunung-ganang, sungai-sungai yang mengalir. Terasa kerdil diri ini Ya Allah. 

Firman Allah SWT dalam Surah Qaf:6 yang bermaksud:
“Maka apakah mereka tidak melihat akan labgit yang ada di atas mereka, bagaimana kam meninggikannya dan menghiasinya dan langi-langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Subhanallah!
juga firman Allah SWT dalam Surah Luqman:10 yang bermaksud:
“... Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya..”
Subhanallah!
Perhatikanlah langit, tiada satu pun tiang yang menyokongnya dari arah bawah mahupun dari pelbagai sudut. Setinggi manapun bangunan pencakar langit ciptaan manusia, masih tetap memerlukan tiang untuk menyokongnya dari bawah.

juga firman Allah SWT dalam Surah al-Mulk:3 yang bermaksud:
“Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.
Subhanallah!
Banyak sekali nikmat-nikmat Allah SWT kepada hambaNYA. Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur atas nikmatNYA yang sedikit, lebih-lebih lagi nikmat yang banyak. Dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan, dan aku amat tertarik tentang penceritaan alam ciptaan Allah SWT dalam Surah An-Nahl.
Dan aku juga telah banyak muhasabah diri sepanjang penerbangan dari Kuching ke Miri. Antara persoalan yang berlegar-legar di benak fikiran dan hatiku adalah:
o   Adakah aku telah betul-betul melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar, anak, pemimpin dan sahabat sepanjang aku berada di alam kampus ini?
o   Adakah aku telah cukup berlapang dada dengan setiap dugaan yang terjadi??
o   Ke mana hilangnya semangat juang aku yang dahulu??

Syukran jazilan buat Along kerana membuka minda dan hati aku untuk berfikir lebih terbuka dan luas lagi dalam mengejar cita-cita dalam kehidupan ini, yang hasilnya bukan sahaja ingin dituai pada kehidupan ini malah lebih utama pada happy ending nanti. Aku akan mencuba yang terbaik. Berikut checklist yang aku cuba untuk praktikkan selepas ini, insyaALLAH moga terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam melaksanakan anjakan paradigma untuk menjadi insan yang lebih baik:
o   AIM HIGHER & RELIABLE
o   SAY NO TO MALAS
o   LA TAHZAN & BE HAPPY
o   HUSNUZON & BERLAPANG DADA
o   ILMU ITU MILIK ALLAH, JADI MOHONLAH KEPADANYA
(Aku telah letakkan pada dinding di study tableku agar aku sentiasa melihat checklist ini)

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah dosaku Ya Allah, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku serta dosa kaum muslimin dan muslimat sekalian. Berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua mak dan bapaku, rezeki yang melimpah lagi berkat serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. HambaMU ini telah banyak berdosa Ya Allah, maka ampunilah aku Ya Allah. Mulut, mata, tangan, kaki dan hati ini pernah melakukan sesuatu yang tidak baik, maka ampunilah aku Ya Allah. Ya Allah, tetapkanlah nikmat Islam dan iman dalam diriku Ya Allah. Berikanlah aku kefahaman dan hafalan para Nabi dan Rasul. Permudahkanlah aku untuk menimba ilmuMU yang amat luas. Hilangkanlah segala sifat mazmummah dalam diri ini Ya Allah, sinarkanlah diri ini dengan sifat-sifat mahmudahMU. Permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat. Janganlah ENGKAU bebani aku dengan sesuatu perkara yang tidak mampu aku pikul Ya Allah. Hidup suburkanlah rasa cinta dan kasih antara aku dan mak dan bapaku, antara aku dan Along, antara aku dan sahabat-sahabatku. Moga nanti kami akan bertemu di syurgaMU yang tertinggi, meskipun masih banyak kelompangan diri ini Ya Allah. Perkenankanlah permintaan hambaMU ini Ya Allah, pandangilah aku dengan pandangan rahmatMU, jangan ENGKAU pandangi aku dengan pandangan murkaMU Ya Allah. HambaMU ini merintih dan bermohon hanya padaMU agar masih diberikan peluang dan ruang waku dalam memperbaiki kelompangan diri untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai KHALIFAH di muka bumiMU Ya Allah. Perkenankanlah permintaan ini Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini Ya Allah. Amin yarabbal alamin..” –Rintihan hati jiwa hamba penuh kedosaan-

Wallahualam, wassalam wbt..

2 comments:

  1. Subhanallah.sgt kagum dgn smngt & ksdrn awk.mg Allah beri kkuatan <3

    ReplyDelete
  2. nak selesa naik belon. tapi kena pandai bajet ler. ;)

    ReplyDelete